MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Nisha Sertai Team Liquid

ai hyprgame
Kongsi
Nisha Sertai Team Liquid
Kredit : Nisha Dota 2

Michal Jankowski atau juga dikenali sebagai Nisha didalam arena esukan kompetetif Dota 2 kini telah menjadi anggota pasukan baharu buat Team Liquid. Selepas menghabiskan lebih separuh daripada kerjaya profesionalnya didalam satu pasukan, Nisha kini diserap masuk menjadi pemain kepada pasukan Liquid bagi musim baharu 2023 ini.

Kredit: Team Liquid Dota 2

Bekas pemain Team Secret ini telah mengejutkan dunia Dota 2 setelah membuat pengumuman untuk beredar daripada Team Secret. Penglibatan Nisha didalam Team Secret sudah menjangkau usia 4 tahun dengan meraih pelbagai pengalaman sepanjang khidmatnya.

Team Secret sendiri sudah meraih pelbagai pencapaian yang dikatakan agak baik termasuklah di TI 2022, T1 2021, MDL Disneyland Paris Major, The Chongqing Major, Dream League S8, The Shanghai Major 2016, The Shanghai Major 2015 dan lain-lain perlawanan.

Nisha menyertai Team Secret sejak 2018 sehinggalah dia membuat keputusan rasminya tidak lagi bersama Team Secret pada 1 Disember 2022 yang lalu. Akhirnya seketika menanti, Nisha rasminya menyertai Team Liquid pada 9 Disember 2022 baru-baru ini.

Bintang Dota 2 yang berumur 22 tahun ini sepertinya mengikut jejak langkah rakan sepasukannya terdahulu iaitu Lasse Urpalainen (Matumbaman) dan Ludwig Wahlberg (Zai) berpindah ke Team Liquid. Walaubagaimanapun Matumbaman sudah pun mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia esukan kompetetif Dota 2 ini sejak 30 Oktober 2022 yang lalu.

Kredit : Team Liquid Dota 2

Menurut Nisha sendiri, Keputusannya untuk meneroka ke pasukan lain adalah untuk beradaptasi dengan suasana pasukan baharu dan rasa ingin mencuba.

Kredit : Nisha Dota 2

Buat Team Liquid sendiri, Penyertaan Nisha didalam pasukan ini adalah hal yang membanggakan dan mereka merasakan pelbagai hal hebat akan datang selepas ini bagi musim musim baharu nanti. Sudah tentu reputasi Team Liquid juga akan semakin baik sekaligus meningkatkan kualiti pasukan ini di DPC 2022/2023 kelak.

Ianya adalah hal yang sukar untuk mencari pengganti sekuat Matu bagi dunia esukan Dota ini. Team Liquid menyifatkan Nisha adalah yang terbaik setakat ini bagi mengisi kekosongan didalam Roster mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *