MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Mundo Menggantikan WarBarbie Di M4

ai hyprgame
Kongsi
Mundo Menggantikan WarBarbie Di M4
Kredit : MLBB Esports

Beberapa hari yang lalu, Menerusi akaun media sosial Facebook Mobile Legends Bang Bang MLBB Esports telah mengumumkan yang jurulatih kepada pasukan Occupy Thrones tidak dapat menghadirkan diri ke acara M4 World Championship yang diadakan di Jakarta pada Januari 2023 ini.

Kredit : MLBB AR

“Dear MLBB community and players.We regret to inform you that the coach of Team Occupy Thrones “WarBarbie” will not be attending the M4 World Championship due to an ongoing political crisis. The team will be changing their coach to Mundo, and this is in accordance to the M4 rulebook.Please continue to cheer the team on for M4!.” – MLBB Esports Facebook

” Buat komuniti MLBB dan pemain, Kami mengumumkan yang Jurulatih kepada pasukan Occupy Thrones ” WarBarbie” tidak dapat hadir ke M4 World Championship kerana kriris politik yang kini sedang melanda. Pasukan ini akan menukar jurulatih mereka dengan jurulatih Mundo mengikut buku peraturan M4. Teruskan memberi mereka sorakan semangat ketika di M4! ” – Facebook MLBB Esports

Kredit : MLBB AR

Occupy Thrones merupakan organisasi esukan yang terletak di Mesir (Egypt) daripada wilayah Timur Tengah (Middle East) dan telah memenangi MPL MENA Fall 2022 baru-baru ini. Pasukan ini berjaya menewaskan Axe dengan skor 3-2 ketika perlawanan tersebut sekaligus melayakkan diri mereka ke M4 World Championship 2023.

Pasukan ini dibarisi oleh Wega (EXP Laner), Hulk (EXP Laner), Lio (Jungler), Joky (Middle), Fury77 (Middle), Gado (Gold Laner), Maro (Roamer), dan D7 sebagai Flex. Manakala Alexander Korystin (WarBarbie) merupakan pemain Ukraine yang kini memegang perann sebagai jurulatih kepada divisi Occupy Thrones ini.

WarBarbie pernah menyertai M3 World Championship bersama pasukan Natus Vincere pada tahun lalu, Dan menjuarai Mythic League Season 1 : Pro bersama Deus Vult pada September 2021. WarBarbie sepatutnya menemani pasukan Occupy Thrones ketika di M4 World Championship Januari 2023, Walaubagaimanapun seperti yang kita telah ketahui krisis politik kini sedang melanda negara tersebut dan menyebabkan dia tidak dapat menghadirkan diri ke acara berprestij dunia ini.

Maka seperti yang termaktub didalam buku peraturan M4, Peranan jurulatih buat Occupy Thrones akan digantikan kepada Mundo. Mundo atau nama sebenarnya Ameniel Del Mundo merupakan pemain Filipina yang telah menyertai divisi ini sejak 11 Disember yang lalu.

Occupy Thrones akan berada didalam kumpulan C bersama RSG SG (Singapura), RRQ Hoshi (Indonesia) dan Echo (Filipina) ketika di M4 World Championship hasil cabutan mengikut kumpulan dengan juara MPL bagi 4 negara.

Untuk pengetahuan anda, MPL Middle East & North Africa ( juga dikenali sebagai MPL MENA) merupakan liga profesional Mobile Legends Bang Bang di Afrika dan Timur Tengah. Kejohanan ini telah menawarkan prize pool sebanyak $107,500 USD dengan penyertaan 8 pasukan yang telah bermula pada 12 Ogos 2022 sehingga 15 Oktober 2022 yang lalu. Pasukan Occupy Thrones berjaya membawa pulang hadiah sejumlah $28,600 hasil kemenangan mereka menjuarai MPL MENA 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya