MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Perlawanan Hotlink #BSJ 2022 Dibuka Untuk Pendaftaran

ai hyprgame
Kongsi
Perlawanan Hotlink #BSJ 2022 Dibuka Untuk Pendaftaran

Hotlink sebuah organisasi telco digital yang popular di Malaysia kini telah membuka peluang untuk pemain-pemain Mobile Legends Bang Bang untuk menyertai Bikin Sampai Jadi #BSJ yang akan memulakan pertarungan pada 3 Disember 2022 ini.

Kredit : Geng Gamer

Inilah masa anda untuk menyerti Hotlink Bikin Sampai Jadi MLBB Tournament 2022 dan ditemani dengan Geng Gamer sekaligus bertempur secara habis-habisan di The Land Of Dawn.

Unjtuk menyertai acara ini, Anda hanya perlu klik pada pautan yang telah dimuatnaik di akaun media sosial MPL Malaysia seterusnya mengikut arahan yang ditetapkan. Pastikan anda membina senarai pasukan anda di profile dan anda juga memerlukan 5 orang pemain bagi satu pasukan.

Isikan maklumat atau butir-butir ahli pasukan selepas anda Login ke akan Geng Gamer untuk menyertai Tournament. Selain itu anda perlu memastikan telah masuk ke MLBB ID (In-Game ID) yang tepat ketika mendaftarkan diri dan Check-In 30 minit awal sebelum perlawanan bermula.

Kredit : Hotlink

Untuk pengetahuan anda, Perlawanan ini akan melalui format Qualifier Stage, Playoff Stage, Match Schedule, Lobby Setting, Lobby, Hero dan Heroes. Untuk maklumat lebih terperinci, Anda dinasihatkan untuk terus ke www.genggamer.gg dan baca syarat atau langkah yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pasukan yang bertanding akan berpeluang untuk merebut hadiah sehinga RM20,000 dan penggun Hotlink juga layak untuk mendapatkan 300 GC secara percuma apabila menyertai acara bersama Geng Gamer.

Ayuh kita buktikan kebolehan diri dan menunjukkan Hotlink adalah rangkain yang paling lancar khususnya di arean esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *