MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Comeback Geek Fam Di BTS Pro Series S13

ai hyprgame
Kongsi
Comeback Geek Fam Di BTS Pro Series S13

Medan Asia Tenggara kini diteruskan dengan berita yang hangat menjadi bualan apabila Geek Fam telah mengumumkan comeback mereka didalam divisi Dota 2.

Mereka secara rasminya telah kembali ke arena esukan kompetetif Dota 2 ini setelah 2 tahun dibubarkan sejak 2020. Organisasi yang berasal daripada Malaysia ini sangat dikenali dengan kehadiran barisan sperti Matthew Filamon (Whitemon), Jun Wen Thiay (JT), Dan Chan Chon Kien (Oli).

Walaubagaimanapun, Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak 2 tahun yang lalu telah menundakan pasukan ini untuk kembali beraksi bagi musim baharu ini. Geek Fam Dota 2 kini kembali di arena esukan kompetetif Dota 2 bersama dengan Roster baharu bagi BTS Pro Series S13.

Kredit : AFK Gaming

Pada 25 November 2022 lalu, Pasukan Geek Fam telah menjadi pembuka kepada acara ini dengan pertempurannya bersama pasukan Purple Paradox di pusingan berkumpulan (Group Stage).

Rolen Ong (skem), Joshua Maraño ( avataRmod3 ), Nikko Bilocura ( Force ), Ravdan Narmandakh (  NARMAN ), Dan Roger Tan ( Roddgeee ) telah diumumkan oleh organisai ini sebagai Roster rasmi bagi divisi Dota 2 Geek Fam musim baharu.

Untuk pengetahuan anda, Pasukan ini telah berada di Asia Tengara sejak 2016 lagi sehinggakan mereka pernah berada di prestasi yang terbaik ketika di WePlay! Bukovel Minor 2020 dan memenangi tempat Ke-3 ketika itu. Namun begitu pandemik yang telah melanda dunia banyak memberikan kesan kepada Geek Fam khususnya kewangan sehinggakan Roster ini terpaksa dibubarkan.

Kini Geek Fam kembali untuk merampas semula zaman-zaman kegemilangan mereka dahulu didalam Dota 2 ini. Roster yang dikemaskini ini nampaknya dibarisi dengan pemain-pemain yang profesional seperti Stem daripada Boom Esports, avataRmod3 daripada Neon Esports, Force daripada Polaris Esports, Narman daripada Army Geniuses, Dan juga Roddgeee yang pernah bermain buat pasukan RSG.

Keseemua lineup ini telah banyak menimba pengalaman dengan mengikuti pelbagai kejohanan semasa bersama pasukan mereka yang terdahulu. Walaupun Geek Fam belum lagi mengumumkan secara rasmi dan terbuka tentang Roster ini, Mereka telah rasminya akan mengambil bahagian dan bersaing di SEA DPC kelak.

BTS Pro Series Season 13 yang bermula pada 21 November 2022 sehingga 10 Disember 2022 dianjurkan oleh Beyond The Summit (BTS) diadakan secara dalam talian dengan prize pool terkumpul sebanyak $40,000 USD.

Perlawanan ini akan melalui format Group Stage : Single round-robin, Dan Playoffs : Double-elimination sekaligus menyaksikan 10 pasukan bersaing mendapatkan gelaran juara.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *