MEMUAT

Taip untuk mencari

Gen.G Menandatangani Kerjasama Pemain LoL Baharu

ai hyprgame
Kongsi
Gen.G Menandatangani Kerjasama Pemain LoL Baharu

Gen.G Esports atau dahulunya dikenali dengan nama KSV Esports adalah organisai profesional global esukan di Korea Selatan. Pasukan ini pernah berada di ranking Ke-6 yang tersenarai didalam media Forbes pada 2020 sebagai pasukan yang paling berharga didalam arena esukan kompetetif ini.

Kredit : Gen.G

Walaubagaimanapun kekecewaan mereka ketika di League of Legends World Championship 2022 yang hanya berjaya menamatkan di Top 3-Top 4 sekaligus membawa pulang US$178,000 hasil pencapaian tersebut.

Oleh yang demikian, Gen.G ingin menambahbaik Roster ini dengan menandatangani kerjasama bersama dua pemain baharu League of Legends bagi kejohanan musim baharu nanti.

“We’re happy to announce that Gen.G Peyz, ‘Soo Hwan Kim,’ will represent our franchise as our AD player!.” – Gen.G

Gen.G telah mengungkap kegembiraan mereka dengan mengumumkan Kim Soo-Hwan atau juga dikenali sebagai Peyz sebagai AD Players divisi Korea Selatan ini.

Pemuda yang berusia 16 tahun ini bukanlah baharu lagi bagi Gen.G, Dia telah menyertai Gen.G Academy dan Gen.G Challengers sekitar 2020-2022 sebelum diserap secara rasminya sebagai pemain Gen.G Esports bermula 23 November 2022.

Perantis LoL ini sebenarnya telah menyertai pelbagai kejohanan seperti LCK Academy Series 2020, LCK Academy Series 2021, LCK Summer 2022 dan banyak lagi perlawanan.

Kredit : Gen.G

Manakala seorang ahli baharu iaitu Yoo Hwan Joong atau juga dikenali sebagai Delight didalam arena esukan kompetetif ini akan berperanan sebagai Support Player buat Gen.G.

Untuk pengetahuan anda, Delight pernah menyertai pasukan Brion Esports pada 2020-2022 sebelum menyertai Gen.G pada 23 November 2022. Selain itu, Delight juga berpeluang menimba pengalaman bersama T1 Academy dan Gen.G Academy antara Julai sehingga Disember 2020 yang lalu.

Seperti Peyz, Delight juga berpengalaman didalam pelbagai acara termasuk LCK Academy Series 2020, LCK Summer, dan LCK Spring sepanjang kariernya dialam arena League of Legends LoL ini. Delight dan Peryz akan menggantikan tempat Youngjae dan Lehends yang telah meninggalkan Gen.G baru-baru ini.

Setakat ini Gen.G tidak mengulas dengan lebih lanut jika ada lagi perubahan Roster mereka, Tetapi jika dilihat pasukan mereka ini sudah mempunyai pemain yang cukup untuk bersaing pada musim 2023 yang bakal bermula nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *