MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Blacklist International Umum Bintang Dota 2 DPC 2023

ai hyprgame
Kongsi
Blacklist International Umum Bintang Dota 2 DPC 2023

Penantian komuniti esukan khususnya di Filipina akhirnya terjawab apabila Blacklist International telah mengumumkan barisan bintang esukan Filipina yang telah memenuhi Roster Dota 2 Blacklist International bagiDPC 2023 nanti.

Kredit : Blacklist International

Organisasi esukan terbesar di Filipina Blacklist International kini meletakan pemain veteran didalam arena profesional Asia Tenggara iaitu Marc Polo Fausto (Raven), Karl Baldovino (Karl), Carlo Palad (Kuku), Timothy Randrup (Tims), Dan Nico Barcelon sebagai Roster mereka bermula 24 November 2022 semalam.

Blacklist International baru-baru ini telah membeli slot Division I Dota 2 daripada organisasi esukan di Singapura iaitu RSG pada 17 November 2022 lalu. Mereka kini rasminya bergiat serius didalam arena esukan Dota 2 dan bersedia di Dota Pro Circuit DPC sekaligus mewakili Asia Tenggara.

Hampir kesemua lineup Dota 2 Blacklist International ini merupakan pemain yang berpengalaman dan berasal daripada Filipina sepenuhnya.

Raven, Kuku, Tims, and eyyou sebelum ini pernah berkhidmat didalam pasukan TNC dan meraih pelbagai mata pencapaian bersama divisi yang telah mendominasi Dota 2 Asia Tenggara ini. Malahan majoriti pemain didalam divisi ini adalah pemain Filipina.

Walaupun hanya Karl sahaja yang belum pernah menyertai TNC sepanjang kariernya, Dia telah pun berjuang bersama Raven dan Kuku ketika di T1 dahulu. Karl menyertai pasukan T1 pada Oktober 2020 sehingga Ogos 2022 sebelum diserap masuk menyertai divisi Dota 2 Blacklist International ini.

Bagi Raven pula, Pengalamannya bersama Fnatic selamat 2 tahun sudah banyak memberikan pengalaman berharga buatnya termasuk berjaya menamatkan kedudukan Fnatic ketika itu di Top 3 bagi ketiga-tiga Tours DPC 2021-2022. Kemudian dia mengambil keputusan untuk meneroka peluang baharu selepas berpisah dengan Fnatic pada 11 November 2022 yang lalu.

Manakala Karl menamatkan perjalanannya bersama T1 pada awal Ogos 2022. Baharulah diikuti oleh Kuku yang dilepaskan sendiri oleh T1 atas sebab pembubaran pasukan ini. Buat Tims pula, Pasukan yang terakhir disertai sebelum Blacklist International adalah Boom Esports dan pasukan dia berjaya membawa pasukan ini ke penamat Top 3 di ketiga-tiga Tour musim lepas termausk Winter dan Summer Tour peringkat liga. Pada 20 November Tims mengorak langkah meninggalkan Boom Esports untuk meluaskan lagi kariernya bersama divisi lain.

Pengalaman yang sama juga dilalui oleh eyyou yang pernah bermain dengan Polaris Esports sehinggalah dia dilepaskan pada 15 November 2022 yang lalu kerana divisi ini dibubarkan.

Kredit : Blacklist International

Jika dilihat roster Dota 2 Blacklist International ini sudah mempunyai pembangunan secara global juga dan ada juga pengalaman ketika di T1 The International 2022. Siapa tahu giliran Blacklist International Dota 2 pula mendominasi pada musim hadapan ? Tahniah Blacklist International diatas pembentukan divisi ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *