MEMUAT

Taip untuk mencari

Selepas Edward Gaming, Viper Sertai Hanwha Life Esports

ai hyprgame
Kongsi
Selepas Edward Gaming, Viper Sertai Hanwha Life Esports
Kredit : EDG

Park Do-Hyeon atau juga dikenali sebagai Viper didalam arena esukan kompetetif League of Legends LoL kini rasminya telah meninggalkan Edward Gaming. Pengumuman tersebut telah dimuatnaik oleh Edward Gaming menerusi akaun media sosial rasmi mereka semalam.

Viper berperanan sebagai Bot Laner didalam pasukan Edward Gaming sejak Disember 2020 sehinggalah 22 November 2022 tahun ini.

Kredit : Edward Gaming

Pada 2018, Viper telah memulakan langkah pertamanya didalam karier esukan ini dengan pasukan Griffin dan dia pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Hanwha Life Esports bermula pada Mei 2020 sehinggalah November 2020. Kemudian bintang LoL ini melangkah setapak lagi bersama dengan pasukan Edward Gaming ketika di LPL 2021.

Selama dua tahun ini bersama dengan organisasi China, Viper telah memenangi kejohanan LPL termasuklah di pentas berprestij World Championship 2021. Malahan dia juga meraih EDG Aphelious skin pada perlawanan tersebut.

Walaubagaimanapun untuk tahun 2023 yang bakal tiba nanti, Viper kini kembali kepada pasukan Korea di LCK iaitu Hanwha Life Esports untuk berkhidmat buat divisi ini pula. Malahan Hanwha Life Esports juga menyambut baik kedatangan Viper semula didalam divisi ini.

Kredit : HLE

Bersama Edward Gaming, Viper telah meraih pelbagai pencapaian seperti di LPL Spring 2021, LPL Summer 2021, World Championship 2021, LPL Summer 2022, Dan World Championship 2022.

Selain itu Viper juga meraih pencapaian yang baik bersama Griffin di CK Spring 2018, LCK Summer 2018, KeSPA Cup 2018, LCK Spring 2018, Rift Rivals 2019, LCK Summer 2019 dan banyak lagi kejohanan lain. Viper juga sempat menyertai kejohanan LCK Summer 2020 bersama HLE.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *