MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PMNC SG 2022 Kini Dibuka Pendaftaran

ai hyprgame
Kongsi
PMNC SG 2022 Kini Dibuka Pendaftaran

Usai sudah PUBG Mobile National Championship 2022 di wilayah Malaysia, Kini acara ini kembali lagi buat region Singapura. PUBG Mobile Esports Malaysia telah memuatnaik satu hantaran iaitu pengumuman tentang PUBG Mobile National Championship Singapore yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perlawanan ini telah membuka pendaftarannya bermula pada 21 November 2022 dan berakhir pada 1 Disember 2022, Jam 6 petang.

Pengesahan bagi pendaftaran perlawanan ini akan ditutup pada 1 Disember 2022 jam 7 malam atau sehinggalah slot sudah penuh. Harus dingatkan yang slot adalah terhad dan bergantung kepada siapa cepat dia yang dapat.

Untuk pengetahuan anda, Bagi peringkat kelayakkan pemain perlu mempunyai strim kamera (Camera Stream) untuk membolehkan mereka menggunakan GAC.

Peringkat kelayakkan akan diadakan pada 3 Disember 2022 dan pasukan perlu bermain di peringkat tersebut maksimum sebanyak 1 hari.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia


Untuk maklumat lanjut perlawanan, Anda boleh melayari laman sosial Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia dan klik pautan pada hantaran tersebut. Pastikan anda membaca dengan teliti, Dan mengisi borang maklumat secara lengkap.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Harus diingatkan yang penyertaan ini mestilah mempunyai minimun 5 orang ahli didalam satu pasukan dan tidak boleh lebih daripada 6 orang dengan 1 orang pemain ganti. Memandangkan ini adalah PMNC Singapure, Pasukan perlulah mempunyai minimun 50 peratus roster daripada warga Singapura (3 pemain ke atas)

Jadi apa tunggu lagi, Inilah masanya untuk anda menonjolkan bakat dan menimba pengalaman dengan bersaing bersama pasukan terbaik di arena esukan kompetetif PUBG Mobile ini. Pasukan yang terbaik akan berpeluang untuk memasuki ke kejohanan PMPL 2023 nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *