MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Liga eFootball Mobile MESF 2023 Dibuka Pendaftaran

ai hyprgame
Kongsi
Liga eFootball Mobile MESF 2023 Dibuka Pendaftaran
Kredit : NSEA

Menerusi sumber muatnaik hantaran Facebook Axis Esports dan NSEA, Acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat esukan bola sepak iaitu eFootball kini akan membuka tirainya tidak lama lagi. Liga eFootball Mobile MESF 2023 merupakan kejohanan esukan yang akan mengetengahkan bakat mereka yang meminati permainan maya ini.

Kejohanan esukan ini merupakan liga jemputan yang akan membuka musim pertamanya pada sekitar Januari 2023 sehingga March 2023 nanti.

Untuk pengetahuan anda, Perlawanan ini dianjurkan oleh NSEA atau juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Association iaitu sebuah organisasi esukan di Malaysia yang aktif didalam divisi PUBG dan Free Fire.

Penyertaan bagai acara eFootball ini adalah percuma, Malahan terbuka kepada rakyat Malaysia di 5 buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor, Dan juga Pahang. Manakala jumlah Prize Pool sebanyak RM10,000 akan menjadi rebutan peserta yang bertanding nanti.

Pemain akan bersaing didalam format Liga Timbal Balik dan bermain secara berkumpulan 5 VS 5 (+2 Subs) sebelum berentap di peringkat kebangsaan pada Jun 2023 ini. Hanya 4 pasukan terbaik sahaja akan ke peringkat tersebut.

Untuk maklumat lebih terperinci, Anda boleh klik kepada pautan yang telah disediakan di akaun media sosial Axis Esport dan NSEA sendiri. Borang penyertaan dan maklumat lain berkaitan perlawanan juga berada didalam pautan tersebut. Jadi apa tunggu lagi? dapatkan slot anda sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *