MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Z4 Serap Bekas Jungler TNC SDzyz

ai hyprgame
Kongsi
Z4 Serap Bekas Jungler TNC SDzyz

No more rumors, the killer is here! – Z4 Esports

Tiada lagi khabar angin, Pembunuh anda disini! – Z4 Esporrts

Inilah kata-kata yang ditulis organisasi esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB, Z4 Esports selepas mengumumkan penyertaan SDzyz sebagai sebahagian daripada Roster mereka.

Shemaiah Daniel Chu atau juga dikenali sebagai SDzyz atau Chu didalam arena esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang Filipina merupakan bekas pasukan TNC Pro Team yang berperanan sebagai Jungler.

Bintang Mobile Legends Bang Bang MLBB ini digelar sebagai pembunuh “killer” didalam permainan peranti mudah alih ini adalah kerana kebolehannnya didalam mencapai misi kemenangan buat pasukan.

Pemuda yang berumur 19 tahun ini telah menimba pelbagai pengalaman sepanjang bersama TNC Pro Team seperti di MPL PH S5 (Qualifier), MPL PH S7 (Qualifier), Juicy Legends Tournament 2021 Q3 Pro Division, MPL PH S9, dan lain-lain lagi perlawanan.

Menurut TNC Po Team, Mereka melepaskan pemain ini kerana prestasi pasukan ini ketika di MPL PH S10 tidak memuaskan dan menamatkan perlawanan di tempat Ke-8. Mereka tidak dapat mengekalkan momentun pasukan seperti di MPL PH S9 yang berjaya berada di Top 3 perlawanan.

Selain Chu, KingSalman juga telah dilepaskan daripada TNC Pro Team. Walaubagaimananpun setakat ini belum lagi ada sebarang pengumuman berkenaan pasukan manakah yang akan disertai oleh KingSalman nanti. Manakala TNC Pro Team pula berkemungkinan akan mengemaskini semula Roster bagi persiapan MPL PH S11 nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *