MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

BOOM Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Tims

ai hyprgame
Kongsi
BOOM Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Tims

Dota Pro Circuit DPC 2022/2023 sudah tidak lama lagi akan berlangsung, Sehubungan dengan itu pasaukan Boom Esports kini rasminya sudah tidak lagi bekerjasama dengan Tims bagi musim baharu nanti.

Kredit : BOOM Esports

Timothy Randrup atau juga dikenali sebagai Tims didalam arena esukan kompetetif Dota 2 merupakan pemain yang berasalah daripada Filipina dan menjadi pemain pasukan Boom Esports sebagai Support.

Bagi musim ini nampaknya region SEA sudah melakukan banyak pengemaskinian buat Roster mereka dan Boom Esports menjadi salah satu pasukan yang sudah melepaskan ahli mereka hanya didalam masa 2 hari sahaja.

Menurut Boom Esports, Melepaskan Tims bukanlah sesuatu yang mudah tetapi perubahan harus dilakukan demi misi pasukan bai musim baharu nanti.

Boom Esports sangat menghargai kehadiran Tims selama ini dan berterima kasih diatas segala yang dia telah lakukan demi pasukan ini. Semuanya akan menjadi ingatan dan kenangan buat divisi ini. Selamat maju jaya Tims untuk penerokaan baharu nanti.

Untuk pengetahuan anda, Boom Esports merupakan Juara bertahan acara Gamers Galaxy Champion sepanjang bersama dengan Tims didalam satu pasukan. Tims menyertai Boom Esports pada September 2021 sekaligus pernah menyertai The International 2022

Mereka berjaya berada di Playoff TI11 pada awalnya, Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka sehingga akhir apabila PSG.LGD menewaskan mereka dengan 2-0 ketika itu. Akhirnya mereka tersingkir awal dan hanya berjaya menamatkan perlawanan di Top 12.

Setakat ini belum lagi ada sebarang pengumuman rasmi tentang siapakah yang akan menggantikan kekosongan didalam lineuo Boom Esports.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya