MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

HVVP Konsisten Top 1 PMGC 2022

ai hyprgame
Kongsi
HVVP Konsisten Top 1 PMGC 2022

Overall Ranking hari Ke-3 bagi perlawnan kumpulan hijau masih meletakkan HVVP di nombor 1 dengan perolehan mata singkiran sebanyak 101, 1 WWCD dan 209 Total Points. Ini bermakna mereka berjaya meraih lebih 200 milestones hanya didalam 1 hari sahaja perlawanan.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Pasukan HVVP merupakan daripada Rusia ini dibarisi oleh Kitsune, Matic, Mequ dan Tixzy nampaknya telah memulakan langkah yang baik sejak hari pertama perlawan kumpulan hijau ini berlangsung. Pada hari pertama mereka berada di Top 1 Overall Ranking sekaligus meraih Elims sebanyak 42, 1 WWCD dan Total Points sebanyak 85.

Mereka terus konsisten pada hari kedua perlawanan kumpulan hijau PMGC 2022 dengan meraih 69 Elims, 1 WWCD, dan Total sebanyak 141. Ini menunjukkan prestasi mereka di PMGC ini semakin baik dan meningkat sepanjang 3 hari ini.

Bersaing dengan 15 lagi pasukan didalam kumpulan hijau ini bukanlah hal yang mudah apabila mereka dipertemukan dengan pasukan-pasukan yang hebat belaka.

Diantara pasukan yang berada didalam kumpulan hijau ini adalah Bacon Time, VAMPIRE ESPORTS, EVOS REBORN, Yoodo Alliance, iNCO Gaming, Alpha 7 Esports, PITTSBURGH KNIGHTS, POWR ESPORTS, ONE MILLION, GODLIKE STALWART, SKYLIGHTZ GAMING, Fire Flux Esports, DWG KIA, NV dan DONUTS USG.

Pasukan Turki iaitu FireFlux Esports semalam telah meraih Double WWCD setelah bangkit daripada Top 8 dan terus meluncur laju ke Top 2. Mereka hanya berada dibelakang HVVP dengan kiraan Elims sebanyak 103, dan 191 Total Points semalam.

Manakala pasukan STE pula berjaya mengutip Triple WWCD sehinggakan mereka terus melonjak naik ke Top 3 setelah seketika berada di Top 9.

Persaingan untuk mendapatkan 3 slot ke Grand Finals ini teramatlah sengit sehinggakan nasib 2 lagi pasukan SEA daripada Thailand iaitu Vampire Esports dan Bacon Time masih belum lagi menemui sinar. Kedua-dua pasukan SEA ini maih bertahan di Top 4 dan Top 5 didalam Overall Ranking semalam.

Bagaimana pula dengan keadaan wakil Malaysia iaitu Yoodo Alliance yang masih lagi jauh berada di Top 15 dengan jurang yang berbeza dengan pasukan lain.

Seperti yang ada telah ketahui, Hanya 3 pasukan teratas daripada setipa kumpulan sahaja akan layak ke Grand Finals. Manakala Top 4 sehingga Top 11 akan diberikan peluang sekali lagi untuk beraksi di Survival Stage. Top 4 sehingga Top 11 yang bersaing di Survival Stage ini perlu mengelak untuk berada di Top 8 terakhir jika ingin mara ke Last Chance sekaligus mendapatkan 4 slot terakhir ke PMGC Finals.

Teruskan menyokong pasukan kegemaran anda terutamanya wakil Malaysia Yoodo The Alliance !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *