MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

OTG Undur Diri Daripada Team Secret

ai hyprgame
Kongsi
OTG Undur Diri Daripada Team Secret
Kredit : Revival TV

Terkini di akaun media sosial Facebook Team Secret, OTG atau juga dikenali sebagai On The Go tidak mengumumkan yang hari ini 31 Oktober 2022 merupakan hari terakhir dia berkhidmat bersama dengan Team Secret sebagai Ambassador.

Menurut OTG, Dia telah 2 kali memberikan hint didalam Livestream nya sebelum ini berkenaan perkara ini dan menganggap ramai yang sudah mengetahui tentang keputusannya ini.

OTG dikhabarkan akan memulakan khidmat baharunya bersama dengan organisasi atau pasukan baharu yang akan bermula pada esok 1 November 2022.

Kredit : wtm today

Untuk pengetahuan anda, OTG sudah berkhidmat bersama divisi ini lebih 3 tahun dan telah melalui pelbagai pengalaman dan memori bersama Team Secret. Pengalaman ini sudah tentu tidak mampu diganti dengan wang ringgit dan dijual beli kerana tidak ternilai harganya.

Partibhan Petchayappen atau popular digelar sebagai OTG (singkatan On The Go) didalam arena esukan kompetetif juga merupakan seorang Caster yang berbakat dan berpengalaman.

Pemuda yang berumur 29 tahun ini memulakan kariernya dan mencipta nama bersama Team Secret sejak 25 November 2021 sehinggalah ke hari ini 31 Oktober 2022. Selain PUBG Mobile, OTG juga aktif bergiat sebagai Caster buat divisi Dota 2 sekaligus mewarnai pelbagai kejohanan termasuk PMGC 2020, Peace Elite Asia Invitational 2021, PMPL SEA S4, PMGC League East 2021, PMGC Grand Final 2021, PMWI 2022, PMWI After Party Showdown 2022, Dan PMPL SEA Fall 2022.

Caster yang dikenali oleh warganet dan komuniti esukan Malaysia ini juga sempat menjadi komentar pada tahun 2020 dan 2019 di acara PMCO Fall Split Global Final, PMWL East 2020.

Pasti ramai yang tidak lupa pada tahun 2019, OTG juga sempat berkhidmat sebagai pengurus kepada Team Secret sehingga 2021 sebelum menukar peranan sebagai Ambassador buat pasukan ini pada tahun berikutnya.

Kredit : Team Secret

Dia juga mengucapkan jutaan terima kasih dan amat menghargai semua pihak sepanjang perjalanannya bersama divisi ini termasuk pihak pengurusan iaitu Matthew, John dan Arif. Semua orang yang terlibat sepanjang perkhidmatannya memainkan peranan penting buat kerjaya nya sebagai sebahagian daripada Team Secret.

Akhir kata, OTG juga memohon maaf jika ada apa-apa kekurangan sepanjang khidmatnya sebagai Brand Ambassador Team Secret. Walaupun OTG tidak lagi menjadi Brand Ambassador divisi ini, Dia masih akan menguruskan beberapa projek untuk Team Secret sepanjang tahun 2022 sehingga tahun hadapan tanpa sebarang perjanjian atau kontrak.

Menurutnya lagi, Jika masa boleh diputar semula ingin dia perbaiki dan memperbetulkan segalanya. Sebaliknya segala hal telah berlalu dan perjalanan harus diteruskan.

Kredit : On The Go Production

Kini OTG menyatakan yang dia kini terbuka untuk berkolaborasi bersama mana-mana organisasi, projek atau pasukan lain yang berminat untuk bekerjasama dengannya. Malahan OTG mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan ini untuk kejohanan baharu nanti.

“Secret, On The Go Out.”- OTG

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya