MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Khabar Angin Rith Sertai Dingoz Esports

ai hyprgame
Kongsi
Khabar Angin Rith Sertai Dingoz Esports

Baharu sahaja komuniti esukan kompetetif ini mendapat pengumuman rasmi tentang beberapa ahli pasukan Axis Esports telah dilepaskan daripada divisi ini. Kini kita terdengar pula tentang khabar angin yang salah seorang daripada mereka yang telah dilepaskan itu kana menyertai divisi baharu bagi musim hadapan.

Kredit : Arked MY

Menerusi sumber Arked MY semalam, Dikhabarkan bahawa pasukan Dingoz Esports akan menyerap masuk pemain muda yang baharu sahaja dilepaskan daripada Axis Esports setelah dipinjamkan daripada pasukan 4Rivals iaitu Rith akan menyertai Dingoz Esports pada kejohanan PUBG Mobile musim hadapan.

Untuk pengetahuan anda, Dingoz Esports merupakan organisasi sukan tempatan yang terletak di Sepang, Selangor Malaysia dan ditubuhkan pada Julai 2019.

Jika dilihat daripada sumber liquipedia esukan, Sudah sekian lama kita tidak mendengar perkhabaran daripada pasukan hebat ini. Kali terakhir adalah pada 2021, Dimana pasukan ini pernah menyertai YEAH International League Worldwide Bay Areas 2020, PMPL MY SG S3, Peace Elite Asia Invitational 2021, PMPL Southeast Asia Championship S3, Dan Thunder Cup Finals.

Dengan mengambil Rith yang kini berada didalam status pemain 4Rivals, Pastinya bakal memberikan saingan sengit kepada pencabar yang lain bagi musim hadapan nanti.

Manakala Rith pula sudah menjadi pemain profesional PUBG Mobile yang tidak asing lagi didalam arena esukan kompetetif ini kerana berpengalaman dan mempunyai kebolehannya tersendiri.

Harith Aimar Bin Stanley Michael atau popular sebagai Rith didalam arena PUBG Mobile ini mula melangkahkan kaki bersama Axis Norlan MPX pada tahun 2020, Sebelum menyertai Dingoz MPX (organisasi esukan dibawah Dingoz Esports) pada 2021. Pada Ogos tahun 2021 yang lalu Rith menyertai 4rivals dan sempat menjadi pemain pinjaman buat Axis Esports bemula Julai 2022 sehingga Oktober 2022 lepas.

Kredit : Arked MY

Bukan itu sahaja, Di media sosial tersebar pula gambar Bos Dingoz turun padang berjumpa dengan Vokey yang merupakan pemain 4Rivals. Muatnaik hantaran daripada akaun Facebook Arked MY itu membuatkan ramai peminat teruja untuk menantikan berita baik daripada kedua-dua pihak ini. Adakah ada peluang baharu buat Dingoz Esports dan lineup baharu nanti? Atau benarkah Dingoz Esports akan dirombak semula?

Kredit : Arked MY

Walaubagaimanapun setakat ini Dingoz Esports dan mana-mana pihak yang berkenaan belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan khabar angin ini. Tetapi jika benar pemain 4Rivals ini akan berpindah ke Dingoz Esports, Mereka akan menjadi pencabar yang sengit di PMPL tahun hadapan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *