MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PUBG Mobile X Lionel Messi

ai hyprgame
Kongsi
PUBG Mobile X Lionel Messi

Selepas kolaborasi bersama siri animasi Boboboi, Kini PUBG Mobile mengumumkan pula kolaborasinya bersama bintang bola sepak terkemuka Lionel Messi.

Kredit : PUBG Mobile

Perkongsian tersebut telah dimuatnaik oleh akaun rasmi PUBG Mobile sendiri yang mereka akan bekerjasama dengan lagenda boleh sepak Lionel Messi bagi kemaskini November 2022 ini. Menerusi kerjasama ikonik ini, Versi 2.3 PUBG Mobile ini akan dihadirkan dengan karakter Lionel Messi itu sendiri yang pastinya dinantikan oleh pemain PUBG Mobile.

Kredit : Lionel Messi

“This year, I’ve partnered with PUBG MOBILE to kick off an amazing collaboration in one of the world’s most popular mobile games. I’m so proud of what we’ve been working on and can’t wait to reveal more soon.” – Lionel Messi

“Tahun ini, Saya akan bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk memberikan kolaborasi yang hebat bagi permainan peranti mudah alih yang paling popular didunia ini. Saya sangat berbangga dengan apa yang lakukan demi kolaborasi ini dan tidak sabar untuk kongsi dengan lebih lanjut lagi berkenaan projek ini.” -Lionel Messi

Malahan, PUBG Mobile juga merasakan sangat bertuah kerana dapat berkolaborasi dengan bintang sukan global ini sekaligus untuk meraikan musim bola sepak Piala Dunia nanti.

Seperti biasa Malaysia khususnya mempunyai peminatnya tersendiri tidak hanya pada permainan maya, Malahan bola sepak juga menjadi kegilaan rakyat Malaysia tak kira usia. Inilah masanya kita dapat melihat penerapan sukan didalam permainan kompetetif sebegini pula.

Lionel Andrés “Leo” Messi adalah seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab Paris Saint-Germain FC yang berpangkalan di Perancis dan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina. 

Bintang dunia ini adalah salah seorang pemain hebat yang sudah berpengalaman setelah bermain bersama beberapa kelab bola sepak popular dunia. Diantara pencapaian Lionel Messi adalah termasuk memenangi Ballon d’Or sebanyak tujuh kali dan European Golden Shoe Eropah sebanyak 6 kali. Tidak hanya hebat di padang, Lionel Messi juga aktif dengan aktiviti sukarelawan dan kebajikan seperti menjadi penderma untuk UNICEF.

Dikhabarkan yang kolaborasi ini akan menawarkan pelbagai unik Lionel Messi seperti pakaian, aksesori dan item lain yang hanya tersedia untuk masa terhad sahaja. Jadi apa tunggu lagi? Muatnaik aplikasi PUBG Mobile sekarang dan bersedia untuk mempamerkan kehebatan sukan di Battleground pula.

Kredit : Black Don News

Setakat ini maklumat lebih lanjut lagi belum didedahkan oleh PUBG Mobile, Walaubagaimanapun anda boleh layan dulu video ulasan yang dimuatnaik oleh peminat sukan dan PUBG Mobile Youtube.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *