MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Mockey Bersara Daripada Arena PUBG Mobile

ai hyprgame
Kongsi
Mockey Bersara Daripada Arena PUBG Mobile
Kredit : MAB Esports

Beberapa hari yang lalu, pasukan MAB Esports telah membuat pengumuman rasmi di akaun media sosial mereka berkaitan ahli pasukan mereka iaitu Mockey yang telah bersara daripada arena esukan kompetetif PUBG Mobile.

Mockey atau sebenarnya Muhammad Amirul Bin Shaidatul Azhar telah membuat keputusan untuk bersara daripada dunia kompetitif esukan PUBG Mobile setelah dua musim bersama MAB Esports.

Bintang MAB Esports PUBG Mobile yang berumur 27 tahun ini digelar sebagai “Heart of MAB Esports” kerana sentiasa memastikan aura dan persekitaran pasukan sentiasa didalam bentuk yang baik. Malahan Mockeeyyy merupakan kunci kepada keserasian (Chemistry) kepada pasukan.

Ini kerana Mockeeyy merupakan pemain profesional yang sudah tidak asing lagi dengan pengalaman dan kebolehannya tersendiri, Dan sekaligus memastikan segalanya berjalan dengan lancar buat pasukannya.

Mockeeyy telah pun menyertai lebih 25 perlawanan, Sekaligus pernah menyertai DAG (Dato Aduka Gaming), FE (Five Esports), VXM bagi PMPL MY SG PH S4, sebelum menyertai MAB Esports untuk beraksi selama dua musim di PMPL MY SG PH S5 dan S6. Dia juga berperanan sebagai IGL didalam MAB Esports bersama ahli pasukannya yang lain iaitu Cead, Iftar, Clamit, Nishy dan Whyyqt (Analis).

Terima kasih Mockey diatas persembahan anda sepanjang berada di scene ini dan selamat maju jaya untuk perjalanan anda yang seterusnya.

MAB Esports merupakan organisasi esukan di Malaysia yang mengetengahakan permainan peranti mudah alih PUBG Mobile. Selain PUBG Mobile, esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB juga merupakan antara divisi MAB Esports. Organisasi ini sentiasa menjadi pasukan yang membangunkan scene esukan di Malaysia untuk ke kejohanan antarabangsa, termasuklah PMPL, 2021 Sea Games Qualifier, 2022 Road To Asian Games, Dan lain-lain lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *