MEMUAT

Taip untuk mencari

Jankos Berundur Daripada G2 Esports

ai hyprgame
Kongsi
Jankos Berundur Daripada G2 Esports
Kredit : Gaimer

Akhirnya selepas 5 tahun bersama G2 Esports dengan cemerlangnya, Bintang League of Legends ini mengumumkan yang dia kini mengundurkan diri daripada G2 Esports.

Kredit : Jankos

Pada awalnya khabar angin tentang Jankos ingin meninggalkan G2 hangat disebut-sebut oleh warganet sehinggalah pada satu hari Jankos sendiri memuatnaik satu video dan mengesahkan pemergiannya daripada divisi ini.

Hakikatnya ramai peminat yang sudah mulai terhidu berita ini sejak Jankos seringkali memuatnaik video bercakap tentang tahun-tahunnya bersama G2, Sekalis menerangkan situasi di Worlds 2022

Malahan Jankos juga memberikan penjelasan kepada umum yang dia tidak akan berhenti terus daripada arena esukan kompetetif ini, Sebaliknya menyatakan yang G2 ingin beradaptasi dengan Jungler berbeza untuk 2023 ini.

Jankos boleh dikatakan sebagai medium asas kepada identiti G2 Esports selama ini.

Sejak kemenangan pasukan ini di MSI sehingga ke Western League of Legends 2019, mereka telah memberikan persembahan yang hebat samaada di region sendiri mahupun antarabangsa. Bersama Jankos, Caps dan Perkz turut sama-sama berjuang didalam setiap kejohanan.

Kredit : Targamas

Bagi Jankos pula berpendapat yang keputusan ini adalah yang terbaik dan perubahan perlu dilakukan untuk mencapai fokus yang lebih besar.

Pemain LOL yang berusia 27 tahun ini turut menegaskan berundur daripada G2 bukanlah satu pengakhiran. Sebaliknya, menjadi peluang buat dirinya bermain semula dengan baik seperti beberapa tahun yang lalu.

Menjadi salah seorang pemain “Jungler” terbaik Eropah, Tidak menghalang dirinya untuk berlatih dan berusaha keras demi kariernya seperti pemain LEC yang lain

Setakat ini belum ada sebarang pengumuman atau kenyataan berhubung kemanakah arah tuju Jankos selepas ini tetapi yang pastinya segalanya tidak berakhir bagi kerjayanya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *