MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Team Preview Sea Finals 2022

ai hyprgame
Kongsi
Team Preview Sea Finals 2022

Liga PMPL Sea Championship Fall 2022 yang telah berlangsung selama 3 minggu berturut-turut telah pun menamatkan tirainya dan kini kita akan sampai ke babak GF (Grand Finals) pula.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Tahniah buat 3 pasukan Malaysia yang akan berentap menyaingi 13 lagi pasukan lain di peringkat SEA finals selama 3 hari berturut-turut bermula esok 21 Oktober (Jumaat) sehingga 23 Oktober (Ahad) 2022.

Kesemua 6 pasukan Thailand iaitu The Infinity, TEM, VPE, Faze, BRU, dan Bacon Esports berjaya mara ke babak Sea Finals ini, Adakah pasukan Thailand akan menjadi yang terkuat di musim ini?

Untuk pengetahuan anda, lineup pasukan Thailand juga telah menjadi Terminator terbaik dan mendapat Anugerah Individu di PMPL Sea Championship Fall 2022. Diantara mereka adalah TEM Essozi (Field Medic), Infinity Noozy (Grenade Master), Faze Tonyk (Gunslinger), Infinity Mela (Survivor), dan termasuk ahli pasukan Indonesia Genesis Dogma GIDS iaitu DayBot (Eagle Eye).

Walaubagaimanapun masih ada lagi peluang buat pasukan Malaysia untuk mengumpul mata di Sea Finals sekaligus membawa pulang anugerah-anugerah individu yang dipertandingkan nanti.

Semasa di Liga PMPL Sea ini terdapat 20 pasukan yang bersaing untuk mara ke babak finals kerana cuma 16 pasukan terbaik sahaja akan ke babak seterusnya. Rezeki tidak menyebelahi 2 pasukan Malaysia kita iaitu DBD dan SEM9 yang telah pun tersingkir. Kemudian diikuti oleh Box Gaming dan BN United turut tersingkir di minggu 3 Liga PMPL Sea berlangsung.

Musim ini kita mengharapkan Geek Fam, 4Rivals dan Yoodo The Alliance memecahkan rekod kemenangan sekaligus merampas semula tahta juara daripada legasi kuat Thailand.

Semoga pasukan Malaysia sudah belajar daripada kesilapan mahupun pengalaman ketika di babak liga dan telah memperbaikinya untuk bersaing ke peringkat Sea Finals pula. Teruskan sokongan dan selamat berjaya Team MY.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya