MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Top Terminator Minggu 3 PMPL Sea Championship Fall 2022

ai hyprgame
Kongsi
Top Terminator Minggu 3 PMPL Sea Championship Fall 2022

Liga PMPL Sea Championship Fall 2022 telah pun berakhir beberapa hari yang lalu. Walaubagaimanapun kehangatannya Masih dirasai oleh komuniti esukan tanahair.

Ini kerana persembahan, dan persaingan sengit antara pasukan-pasukan yang bertanding masih tidak dapat dilupakan oleh peminat PUBG Mobile

Pasukan Malaysia iaitu Geek Fam, 4Rivals, dan Yoodo The Alliance akhirnya berjaya mara ke Grand Final PMPL Sea Championship Fall setelah berjaya konsisten mengutip mata bonus pada minggu 1 dan 2.

Ayuh kita recap semula individu-individu yang beraksi cemerlang sepanjang Minggu Ke-3 PMPL Sea Championship Fall 2022 sehingga layak digelar sebagai Terminator.

Walaupun Thailand telah banyak mendominasi Overall Ranking pada setiap minggu, Tepukan semangat juga harus diberikan kepada Appy yang telah menjadi salah seorang lineup pasukan Malaysia yang berjaya meraih 34 Elims, dan berada di Top 5.

Tambahan lagi, 4Rivals berjaya menunjukkan prestasi yang baik dengan Double WWCD secara mendadak pada minggu terakhir ini.

Bukan itu sahaja, Dxavier menerusi Lambor juga berjaya comeback dengan 37 Elims yang hanya beza beberapa mata sahaja dengan Appy 4Rivals.

Manakala Noozy sahaja berhasil meraih jumlah mata singkiran terbanyak dengan 46 Elims menjadikan dia Top 1 Terminator.

Tony dan Mela juga mendapat mata singkiran tertinggi iaitu sebanyak 40 dan 41 Elims. Jika dilihat mata singkiran mereka tidaklah terlalu jauh, Dan ini menunjukkan saingan sengit antara peserta di PMPL Sea Championship Fall 2022 hebat-hebat belaka.

Grand Final PMPL Sea Championship Fall 2022 akan memulakan aksinya pada Jumaat ini, Adalah mereka akan terus mengekalkan posisi mereka sebagai terminator terbaik sekaligus membawa kemenangan kepada pasukan masing2?

Setakat ini pasukan Thailand telah membolot muka surat pertama Overall Ranking dengan mata bonus yang terbanyak, Malahan mereka juga turut tersenarai sebagai MVP terbaik PMPL Sea Championship Fall 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *