MEMUAT

Taip untuk mencari

Selamat Datang ” Shinsekai “, SSK Sertai SEM9

ai hyprgame
Kongsi
Selamat Datang " Shinsekai ", SSK Sertai SEM9

Semalam SEM9 telah mengumumkan lineup baharu yang akan menyertai divisi mereka bagi League Of Legends Wild Rift sekaligus akan beraksi di Wild Circuit Open 2022 Qualifier nanti.

“A new chapter begins. Let’s welcome our latest addition, SSK from Singapore to the SEM9 League of Legends Wild Rift team! SSK will play the role of Jungler for the team and will soon make his debut with SEM9 in the Wild Circuit Asia Open 2022 Qualifier. “- SEM9

“Bab baharu telah bermula. Ayuh raikan ahli baharu kamu, SSK daripada Singapura kedalam divisi pasukan SEM9 League Of Legends Wild Rift! SSK akan berperanan sebagai Jungler untuk pasukan ini dan akan melakukan debutnya bersama SEM9 tidak lama lagi di Wild Circuit Asia Open 2022 Qualifier.” – SEM9

Alex Ming atau lebih dikenali sebagai SSK didalam arena esukan kompetetif Wild Rift ini adalah pemain Singapura yang kini rasmi bermain bagi pasukan SEM9 sebagai Jungler.

Bintang Wild Rift yang berumur 21 tahun ini memulakan kariernya didalam esukan bersama Alliance pada 2021 sebelum bersama RSG pada Mac 2022 sehingga Mei 2022 yang lalu. Setelah lama tidak mendengar khabar berita SSK, Hari ini SSK telah pun secara rasmi menjadi pemain bagai divisi Wild Rift SEM9 bertarikh 18 Oktober 2022.

Selain itu, SSK juga dikenali sebagai Shinsekai didalam arena League Of Legends sepanjang kegiatannya didalam arena esukan ini. Sepanjang berkecimpung didalam arena esukan ini, SSK telah banyak mendapat pelbagai pencapaiannya seperti di Community Open Singapore (2020), Project Ascend: MYSG (2021), SEA Icon Series : Preseason Singapore (2021), SEA Icon Series : Summer Super Cup (2021), SEA Icon Series Fall – Singapore (2021), Champion Southeast Asia MY SG (2022), Snapdragon Pro Series 2022 : MSP Open Finals dan lain-lain lagi.

Jadi tidak hairanlah jika SEM9 ingin menyerap bintang Lol ini menyertai divisi mereka kerana percaya pengalaman dan pencapaian SSK ini akan membantu SEM9 meraih kemenangan nanti.

Rata-rata komen di Facebook SEM9 juga meraih reaksi positif apabila SSK berpindah menyertai pasukan Malaysia pula. Mereka tidak sabar dan teruja untuk melihat aksi persembahan SSK yang berbakat ini di pelbagai kejohanan terbesar nanti.

Untuk pengetahuan anda, SEM9 merupakan organisasi esukan yang bersaing di peringkat tertinggi didalam pelbagai jenis esukan dan acara. Sebagai organisasi esukan SEA, SEM9 mempunyai misi untuk memecahkan halangan bahasa dengan mewujudkan pebagai jenis atau kategori daripada region yang berbeza dibawah satu jenama “Single Banner” iaitu SEM9.

SSK akan berjuang bersama lineup SEM9 yang lain iaitu ArrHedge, TheShang, OzoraVeki, Chilly, Sagi, Vita dan Winter bagi kejohanan Wild Rift nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya