MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Prestasi Terbaik Geek Fam Hari Ke-4

ai hyprgame
Kongsi
Prestasi Terbaik Geek Fam Hari Ke-4

Persembahan pasukan Malaysia iaitu Geek Fam di hari ke-4 minggu 2 PMPL Sea Championship Fall 2022 agak memberangsangkan apabila berjaya meletakan kedudukan mereka di Top 3 dengan Double WWCD.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Walaupun mereka sempat jatuh menjunam daripada Top 2 di hari pertama ke Top 7 dan Top 9 pada dua hari berturut-turut, Mereka akhirnya bangkit semula menebus kesilapan mereka dengan meraih 92 Elims, Double WWCD dan mencapai 159 Mata.

Geek Fam berjaya meraih 16 Elims di Miramar dan berjaya meratakan Yoodo The Alliance dan dua pasukan Indonesia yang lain ketika di match ke-2 semalam.

Dengan hasil persembahan mereka daripada hari ke-3 lagi, Berjaya mendapatkan lebih 100 mata dan berada dikedudukan yang selamat ketika ini.

Manakala pasukan Yoodo The Alliance pula masih kekal berada di Top 14 Overall Ranking semalam dan prestasi mereka terlihat tidak seperti di minggu pertama. Keadaan yang sama juga terjadi pada team Malaysia yang lain iaitu 4Rivals, SEM9 dan DBD (Don’t Break Dreams) masih tidak berjaya mendapatkan momentun mereka.

Mata untuk minggu kedua ini dikatakan amat penting kerana kesemua pasukan yang bertanding cuma ada 1 minggu sahaja lagi sebelum menentukan siapa yang akan kekal menuju ke gerbang kejuaraan PMPL Sea Championship Fall 2022.

Pastinya pasukan The Infinity daripada Thailand langsung tidak goyah dan mudah untuk dijatuhkan apabila masih menakluki Top 1 Overall Ranking PMPL Sea Championship Fall 2022 minggu kedua hari ke-4 ini. Mereka akhirnya meraih 93 Elims, Double WWCD dan 172 Mata.

Berbeza pula dengan Boom Esports yang walaupun berada di Top 9 semalam, Mereka adalah pasukan yang mendapatkan WWCD terbanyak.

Hari ini merupakan hari terakhir minggu 2, adakah masih ada harapan buat pasukan Malaysia kembali bangkit dan menyapu bersih kedudukan tertinggi di Overall Ranking sekaligu mengutip mata yang tertinggi?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *