MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Countdown 4 Hari Ke MPL MY S10 Playoffs

ai hyprgame
Kongsi
Countdown 4 Hari Ke MPL MY S10 Playoffs

Bahang MPL MY S10 Playoffs kini semakin dirasai apabila cuma tinggal baki 4 hari sahaja lagi sebelum pertarungan antara pasukan terbaik bermula. Hari ini kami di Hyprgame akan berkongsi sedikit Sneak Peak acara ini menerusi sumber laman sosial Facebook MPL Malaysia.

Kredit : MPL Malaysia

Ini merupakan kali pertama peringkat Playoffs diadakan secara terbuka sejak 3 Musim yang lalu berikutan wabak pandemik Covid-19 melanda negara.

Kali ini Playoffs bagi MPL MY S10 akan diadakan di G-floor, Concourse area Quill City Mall pada 13 Oktober sehingga 16 Oktober 2022 bertemankan sorakan penonton.

MPL MY S10 Playoffs juga akan diwarnai lagi dengan booth-booth penaja bersama seperti Hotlink, Stoned & Co yang mereka seragam MPL MY S1, Garnier Men yang menjaga kulit pemain-pemain kita, eGG sebagai rakan media, tentu sekali Community Hero Mobile Legends Bang Bang MLBB. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik sepanjang acara berlangsung.

Untuk pengetahuan anda, Playoff Bracket MPL MY S10 di Upper Bracket telah meletakan pasukan Todak dikedudukan pertama kumpulan A, Dimana mereka akan bertemu dengan pasukan Homebois daripada kedudukan kedua di Kumpulan B. Manakala Orange Esports pula yang berada di Kumpulan B akan menentang Team Haq yang berada di kedudukan kedua kumpulan A.

Bagi Lower Bracket pula kita akan menyaksikan pertemuan antara pasukan tempat ketiga iaitu RSG daripada kumpulan A bertemu dengan pendatang baharu MPL MY S10 iaitu Team Lunatix (dahulu dikenali sebagai Team Lemah), daripada tempat keempat Kumpulan B. Tidak lupa juga kepada RED Esports yang berada di kedudukan ketiga kumpulan B akan bertemu tempat keempat kumpulan A iaitu Team SMG.

Todak, Homebois, Orange Esports, Team Haq, RSG MY, Team Lunatix, Red Esports dan Team SMG, Pasukan manakah yang akan menjadi Juara MPL MY S10 sekaligus mewakili Malaysia ke M4?

Adakah anda juga tidak sabar menyertai dan menyaksikan perlawanan Playoffs ini? Apa kata ambil peluang untuk membuat Pra-Pendaftaran (Pre- Register) kehadiran anda dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik daripada MPL MY termasuklah hadiah in-game dan Mythical Giveaway.

Pendaftaran adalah percuma kerana tiada tiket akan dijual bagi acara ini. Inilah masanya untuk anda #10Bersama Playoffs sambil menyaksikan persaingan sengit antara 8 pasukan yang akan merebut Prize Pool sebanyak USD100,000 sekaligus membuka ruang untuk pasukan-pasukan ini mendapatkan slot mereka di MLBB World Championship MLBB M4.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!


Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *