MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pasukan Originz Juarai MEL22 MLBB

ai hyprgame
Kongsi
Pasukan Originz Juarai MEL22 MLBB

Malaysia Esports League MEL22 telah pun menutup tirainya pada 2 Oktober lalu bagi divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB. Pasukan Originz yang mewakili Kuala Lumpur telah menjuarai kejohanan kebangsaan tersebut daripada 16 pasukan yang bersaing secara sengit.

Acara yang berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 1 Oktober sehingga 2 Oktober 2022 itu telah berlangsung dengan jayanya di ESI Grand Hall Spacerubix, Puchong Selangor.

Kejohanan yang berlangsung selama 3 minggu yang bermula di peringkat negeri sehingga ke peringkat kebangsaan ini akhirnya berjaya membawa pasukan Mobile Legends Bang Bang MLBB terbaik ke pentas kebangsaan.

Pasukan yang bertanding di peringkat kebangsaan ini adalah terdiri daripada Team Originz dari Kuala Lumpur yang telah memenangi kejohanan ini, Kespoc Kea daripada Kelantan (tempat kedua), Athena Esport daripada Perlis dan Tupai Esport daripada Johor. Pasukan Originz (Kuala Lumpur) berjaya meraih skor 3-1 pada perlawanan akhir ketika bertarung dengan Kespoc Kea (Kelantan).

Buat anda yang ingin recap perlawaan akhir tersebut bolehlah ke laman sosial Esports Integrated dan menyaksikan usaha, kerjasama, strategi yang telah dilakukan oleh semua pasukan di dalam mengejar tahta sang juara.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan Originz berjaya membawa pulang piala pusingan dan wang hadiah sebanyak RM10,000. Manakala pasukan Kespoc Kea daripada kelantan yang meraih naib juara membawa pulang hadiah sebanyak RM7,000. Pasukan Athena Esports daripada negeri Perlis Indera Kayangan berjaya di 3rd Place dan meraih hadiah wang sebanyak RM5,000. Akhir sekali pasukan Tupai Esports daripada Johor Bahru memenangi tempat ke-4 sekaligus membawa pulang RM3,000.

Tahniah buat semua yang memenangi hadiah, dan juga yang berjaya hingga ke peringkat kebangsaan ini. Tidak lupa juga kepada semua yang telah pun menyertai acara ini. Walaupun anda tidak menang, pengalaman dan kesempatan melangkah ke MEL22 ini adalah sesuatu berharga. Malahan boleh dijadikan sebagai inspirasi kemenangan untuk cuba lagi di musim baharu nanti.

Untuk pengetahuan anda, MEL22 atau Malaysia Esports League 2022 ini kembali lagi selepas mendapat sambutan daripada komuniti esukan di seluruh Malaysia. Ini kerana MEL menjadi satu platform yang menemukan bakat baharu tanpa penyertaan pemain profesional.

Malahan pemenang dari setiap kategori pula akan melayakkan diri ke MEC yang merupakan satu pertandingan profesional di Malaysia.

Selain MLBB, MEL22 juga membawa 5 lagi divisi permainan maya seperti PUBG Mobile, FIFA23, Dota 2, Valorant dan Free Fire sebagai senarai kategori esukan yang bertanding.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *