MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Super Mario Ke Dunia Nyata Bersama Chris Pratt

ai hyprgame
Kongsi
Super Mario Ke Dunia Nyata Bersama Chris Pratt

Sebelum ini kita melihat satu video daripada permainan Genshin Impact mempunyai watak Mr.Bean hasil kreatif peminat permainan peranti mudah alih android/ios atau video games.

Tetapi kali ini ada satu lagi projek unik yang bertebaran di dunia warganet iaitu Super Mario Brothers Remake dengan Chris Pratt yang begitu terlihat berkualiti dan menakjubkan.

Kredit : Re-imagined Games

Baru-baru ini salah satu video yang dimuatnaik oleh Re-Imagined Games telah mencapai 566,072 tontonan dan 22 Juta Like daripada reaksi warganet.

Malahan Re-Imagined Games juga telah meninggalkan sedikit mesej berhubungan dengan video yang direka dan dimuatnaik olehnya sendiri.

” Saya mereka Super Mario Brothers Remake dengan kehadiran Chris Pratt sebagai Super Mario secara realiti (dunia sebenar). Ini adalah trailer epik daripada kemaskini utama.” – Re-imagined Games

Re-imagined Games juga menambah dengan menyatakan kepada orang ramai bahawa dia adalah peminat Nintendo, dan sangat teruja dengan filem animasi Super Mario daripada gabungan iluminasi dan Nintendo. Jadi dengan itu dia membuat keputusan untuk membuat projek ini sementara menunggu trailer rasmi dilancarkan.

Dia juga membayangkan yang bagaimana jika Chris Pratt, Charlie Day, Anya Taylor-Joy, Jack Black, dan Keegan-Michael Key merupakan watak atau karakter didalam dunia cendawan ini?

Itu sudah pastinya merupakan idea yang hebat dan menyeronokan jika menjadi realiti. Walaupun tanpa sedikit pun kemahiran didalam pembangunan video, Re-imagined Games belajar semuanya daripada mula dan mula mengambil kemahiran yang sedia ada untuk merealisasikan projek ini.

Buat anda yang meminati permainan Nintendo Super Mario pasti masih ingat akan filem Super Mario Bros yang dilancarkan pada tahun 1993. Filem yang berdasarkan Nintendo Super Mario sebagai siri permainan video ini merupakan “live-action” pertama diarahkan oleh pasangan suami isteri Rocky Morton dan Annabel Jankel.

Ianya mengisahkan tentang Mario yang ketika itu dilakonkan oleh Bob Hoskins dan duonya Luigi (John Leguizamon) didalam misi untuk menyelamatkan Puteri Daisy (Samantha Mathis) daripada pemerintahan kejam kerajaan King Koopa (Dennis Hopper).

Untuk pengetahuan anda, projek Super Mario bersama Chris Pratt telah diumumkan sejak tahun 2021 yang lalu dan telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada penggemar game di luar sana. Walaubagaimanapun pada 23 September 2022 yang lalu Chris Pratt sendiri telah mengumumkan yang trailer rasmi akan dilancarkan pada 6 Oktober 2022 sebelum filem Super Mario Bros ditayangkan pada 7 April 2023 nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *