MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dominasi Todak, HB Dan OE Penutup Minggu 5

ai hyprgame
Kongsi
Dominasi Todak, HB Dan OE Penutup Minggu 5

Semalam merupakan hari penutup kepada minggu 5 dengan menyaksikan dominasi oleh King Of Comeback Todak, Homebois (HB) dan Orange Esports (OE) MPL MY S10.

“Sekarang korang tinggal kekalkan konsisten dan bersiap sedia untuk ke Playoff.” – Homebois. Itulah yang dikatakan oleh Homebois apabila berjaya menewaskan Team Caracal dengan 2-1 walaupun perlawanan sangat sengit semalam. Menerusi kemenangan ini, ada juga peminat yang mengatakan yang Core digunakan oleh Homebois adalah kuat sehinggakan mampu menumpaskan tower enemy didalam pertempuran.

Pelbagai serangan dilakukan oleh Team Lunatix untuk menghalang Orange Esports menang, tetapi Orange Esports tetap mengekalkan rekod tanpa kalah mereka 100% setakat ini didalam kumpulan B apabila menumpaskan Team Lunatix dengan skor 2-0 buat kedua kalinya. Apakah Valenz sebenarnya menjadi kunci kepada konsistensi pasukan ini? Atau Aim juga tak kurang hebatnya kerana terkenal dengan penggunaan “Bomb Diggie.”

Untuk pengetahuan, selain menang menentang Team Lunatix, ahli pasukan Orange Esports iaitu NEO yang berperanan sebagai EXP Laner telah dinobatkan sebagai MVP Of The Day kerana telah menunjukkan corak permainan yang gempak semalam.

King Of Comeback Todak benar-benar bangkit untuk mendominasi tahta menumpaskan RSG MY dengan 2-0. Ada yang mengatakan Ciku adalah kunci kemenangan kepada Todak? Tapi secara logiknya memang Ciku adalah orang penting di Todak kerana dia mempunyai awareness map yang sangat padu dan boleh kita gelarkan sebagai shortcaller untuk Todak.

Tahniah dan GG kepada semua pasukan yang menang di pertarungan akhir minggu ke-5 MPL MY S10. Kepada yang kalah jangan gentar dan cuba lagi untuk match berikutnya nanti.

Apakah agaknya kejutan di minggu hadapan? Adakah mereka akan konsisten memegang tahta kemenangan ini? Kita tunggu dan lihat nanti pertemuan kumpulan A dan kumpulan B minggu hadapan nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *