MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Jom Daftar Pokemon Go Showdown 2022 !

ai hyprgame
Kongsi
Jom Daftar Pokemon Go Showdown 2022 !

eGG Network satu laman media sosial berlatarbelakangkan esukan akan menganjurkan Pokemon Go Showdown 2022 yang akan diadakan pada 16 September sehingga 18 September 2022 ini di Sunway Pyramid Blue Concourse.

Menerusi muatnaik hantaran eGG Network, pra pendaftaran bagi penyertaan acara ini akan bermula pada hari ini sehingga 11 September 2022 ini dan anda boleh mengisi butir-butir peribadi penyertaan di pautan eGG Network bagi mengunci slot anda di acara ini.

Jika anda seorang yang berminat dengan Permainan Kad Dagangan “Trading Card Game” Pokémon (TCG) inilah masanya untuk anda belajar skill baharu di TCG : Pokemon Go Showdown 2022.

Untuk pengetahuan,tournament ini akan disertai seramai 128 orang peserta yang akan dibahagikan kepada dua bahagaian iaitu kumpulan dan juga Playoff. Anda tidak perlu khuatir kerana format kepada dua kategori ini adalah sama iaitu “Single Elimination Best of 3.”

Kedua-dua kategori ini juga akan diadakan pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad (17 dan 18 September 2022). Perlawanan bagi kategiru berkumpulan ini adalah untuk melayakkan diri mereka bersaing di peringkat Playoff nanti.

Jika anda tidak mahir dengan permainan ini, anda dialu-alukan untuk menyeritai sesi tutorial pada 16 September dan untuk mendaftar anda hanya perlu membeli Pokemon Go Battle Deck.

Untuk peminat Pokémon TCG yang bercita-cita tinggi, kami juga melindungi belakang anda. Akan ada sesi tutorial tersedia pada 16 September di mana tutor akan membimbing anda melalui asas. Yuran penyertaan untuk sesi tutorial adalah untuk membeli Pokémon GO V Battle Deck di tempat acara ini diadakan nanti.

Untuk maklumat lebih lanjut lagi, anda boleh singgah platform media sosial eGG Network !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *