MEMUAT

Taip untuk mencari

Pendaftaran PUBG Dan MLBB Tournament Dilanjutkan 4 September

ai hyprgame
Kongsi
Pendaftaran PUBG Dan MLBB Tournament Dilanjutkan 4 September

Berita baik buat semua komuniti dan peminat esukan di Malaysia bersempena dengan Hari Sukan Negara 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi, MESF Malaysia Esports Federation dengan berbesar hati telah melanjutkan tarikh pendaftaran bagi penyertaan Kejohanan esukan sehingga 4 September 2022.

Kredit : MESF

Kejohanan ini adalah terbuka diseluruh negeri dan daerah Malaysia dengan kerjasama 16 JBS mahupun NGO negeri yang telah terlibat bagi menjayakan kejohanan ini.

Menerusi sumber media sosial MESF sendiri telah mengumumkan yang Hari Sukan Negara HSN 2022 juga melibatkan permainan esukan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends Bang Bang.

Manakala bagi hadiah terkumpul ataupun Prize Pool sebanyak RM111,000 akan menjadi tawaran buat peserta dan pasukan yang memenangi acara ini.

Jadi apa tunggu lagi? inilah masanya untuk anda menyerlahkan bakat dan kebolehan ke peringkat profesional kerana mereka yang menjadi Johan akan berpeluang melayakkan diri ke Kejohanan esukan Putrajaya peringkat Kebangsaan pula pada 5 Oktober sehingga 8 Oktober 2022.

Selain itu, Johan juga akan melayakkan diri mereka berada di slot khas bagi pemilihan wakil Malaysia yang akan diadakan pada 30 September sehingga 2 Oktober 2022.

Inilah peluang anda untuk bermain di peringkat World Esports Championship 2022 di Bali, Indonesia dan juga Global Games Turki 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *