MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Isu Prestasi Di ESL One Malaysia, Aster Dikritik

ai hyprgame
Kongsi
Isu Prestasi Di ESL One Malaysia, Aster Dikritik

Baru-baru ini kita telah menyaksikan ESL One Malaysia 2022 dengan kemenangan OG Esports menumpaskan pasukan daripada China iaitu Team Aster di pusingan akhir dengan skor 3-0.

Kredit : ESL Dota2

Selain kegembiraan komuniti Dota 2 dengan ESL One Malaysia yang telah menutup tirai dengan jayanya, hal yang berbeza pula terjadi kepada Team Aster apabila mendapat pelbagai reaksi kerana kekalahan mereka pada kejohanan tersebut.

Menerusi sumber komen di media sosial China, Team Aster telah menerima pelbagai kritikan kerana tidak memberikan persembahan yang baik dan langsung tidak mencatat sebarang mata kemenangan ketika pertempuran mereka dengan OG baru-baru ini.

Ini kerana komuniti China mempunyai harapan yang tinggi buat Team Aster untuk pergi ke peringkat yang lebih jauh sebelum mereka beraksi ke acara TI11 nanti. Ianya seolah-olah Team Aster mampu mendominasi di liga domestik tetapi gagal di acara antarabangsa.

Jika Team Aster ingin menjadi pencabar, mereka seharusnya lebih serius didalam kejohanan sebegini supaya mampu bersaing dengan pasukan lain seperti PSG.LGD di TI11 nanti agar mereka tidak dipertikaikan di TI nanti.

Menerusi sumber media China iaitu Jaxon.gg, antara komen yang diberikan oleh komuniti China adalah berkaitan dengan corak permainan Team Aster sendiri yang seperti tidak kena dan tidak sepatutnya terjadi di ESL One Malaysia 2022.

Kredit : Jaxon.gg

“Rasanya seperti ada masalah dengan gaya permainan pasukan ini. Saya tidak pasti samaada ia adalah fasa Ban/Pick atau masalah laning. Semasa di Mid-Game, Pasukan Aster seakan cuba bertahan tanpa ingin mengambil banyak risiko.” -kata salah seorang komuniti China

Kredit : Jaxon.gg

Malahan ada juga komuniti China mengatakan yang Team Aster sebenarnya memerlukan “Offlane Player” yang kuat untuk memenangi kejohanan seperti ini. Jika pasukan mempunyai pemain yang kuat di bahagian Offlane, ianya akan memberikan ruang kepada Roamer atau Support role untuk menguasai lane lain sekaligus memberikan peluang kepada mereka (pasukan) berada didalam rentak atau momentum yang tepat.

Walaubagaimanapun kebanyakkan kritikan yang diberikan, adalah yang membina Team Aster supaya melakukan yang terbaik bagi kejohanan seterusnya.

Kredit : Team Aster

Peminat mereka dan komuniti China khususnya mahu melihat Team Aster mendominasi di pentas TI11 kerana mereka masih yakin dengan Team Aster yang sudah mempunyai pengalaman didalam arena ini.

Masih ada harapan untuk Aster jika menggunakan kebolehan dan kelebihan mereka sebaiknya untuk menguasai pentas TI11 nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *