MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pendaftaran MSPC S2 Kini Dibuka!

ai hyprgame
Kongsi
Pendaftaran MSPC S2 Kini Dibuka!

Semalam menerusi satu hantaran di sosial media milik MSPC (Mobile Legends Semi Pro Championship) telah mengumumkan akan MSCP bagi musim kedua dan pendaftaran untuk menyertai acara ini sudah dibuka kepada mereka yang bergiat di arena esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Menerusi sumber Facebook MSPC, kejohanan musim kedua ini dianjurkan oleh Madnes Gaming sekali lagi selepas kejayaan kejohanan ini pada musim pertama.

Inisiatif MSPC ini dianjurkan adalah untuk melahirkan ramai pemain dan pasukan profesional di arena MLBB bagi melayakkan diri mereka untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Pendaftaran bagi penyertaan ini akan dibuka bermula daripada 10 September 2022 sehinggalah 12 September 2022 dan ianya terbuka kepada semua komuniti mahupun peminat MLBB di Malaysia.

Inilah masanya untuk mencungkil bakat dan pengalaman dengan mengumpulkan pasukan anda untuk menyertai acara ini. Ini akan menjadi satu titik permulaan atau batu loncatan untuk anda sebelum menyertai acara terbesar seperti MPL dan MSC.

Seramai 6 pasukan akan menjadi Top 6 terbaik akan melayakkan diri ke regular season MSPC 2. Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua pemain kecuali mereka yang sedang menyertai MPL (pasukan atau pemain profesional).

Untuk penyertaan, anda perlu klik pada pautan di Facebook atau Instagram MSPC, dan isi segala butiran pasukan dengan lengkap. Pihak admin MSPC akan menghubungi ketua pasukan selepas pendaftaran.

Adalah diingatkan bahawa pasukan yang layak harus mempunyai jersi dan platform media sosial sendiri. Setakat ini tarikh rasmi dan butiran lanjut berkenaan Prize Pool belum lagi diumumkan oleh pihak penganjur.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *