MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pasukan Mana Juarai Nescafe Community Cup S4 ?

ai hyprgame
Kongsi
Pasukan Mana Juarai Nescafe Community Cup S4 ?

Seperti yang kita ketahui merupakan antara penaja utama bagi Mobile Legends Bang Bang MLBB sejak beberapa musim yang lalu. Kali ini Nescafe Community Cup sekali lagi dianjurkan pada musim ke-4 bagi mengajak semua pemain Mobile Legends Bang Bang MLBB untuk menyertai acara ini.

Sebanyak 256 Slots dibuka dan pendaftaran bagi penyertaan adalah bermula sejak 15 Ogos 2022 sehingga 25 Ogos 2022. Menerusi sumber Team SMG dan Nescafe Malaysia, tournament ini akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat kelayakkan yang berlangsung selama dua hari bermula daripada 27 Ogos dan 28 Ogos 2022. Kemudian diikuti dengan peringkat kedua iaitu peringkat Finals yang telah pun berlangsung semalam, dan akan diadakan sekali lagi pada 1 September 2022.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai format pertandingan dan info terkini tournament ini anda boleh singgah ke laman sosial SMG di Facebook mahupun Instagram dan hanya klik kepada pautan di hantaran yang SMG telah muatnaik.

Peringkat Finals hari pertama yang berlangsung semalam telah menyaksikan Pasukan Rahasia vs XpDea EsportMiracle , Gaming vs Titan Distric dan ELUX ESPORTS bertarung dengan ZEG LEGION X.

Kredit : Team SMG

Recap hari pertama tournament ini, Pasukan Zeg Legion X telah dikalahkan oleh Elux Esports yang kini berada di Upper Bracket, Semi Finals Nescafe Community Cup 2022. Pasukan Zeg Legion X kini berada di Lower Bracket dan akan menentang dengan Titan Distric TD pada perlawanan berikutnya nanti.

Untuk pengetahuan, hadiah yang ditawarkan juga lumayan dengan RM2,500, RM1,500, RM750 dan RM250 akan dibawa pulang oleh Juara, Runner-Up, tempat ke-3 dan ke-4. Selain hadiah wang, merchandise Nescafe dan jersi pasukan SMG juga akan dihadiahkan kepada para pemenang. Malahan pemenang tempat ke-5 sehingga ke-8 yang tidak menjadi 3 atau 4 pasukan Top juga akan diberikan merchandise daripada Nescafe sebagai tanda penghargaan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *