MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sedia Dengan Babak Country Final PMPL MY SG PH FALL 2022?

ai hyprgame
Kongsi
Sedia Dengan Babak Country Final PMPL MY SG PH FALL 2022?

Acara yang sudah dinantikan selepas 3 minggu bertarung bersama bersaing dengan 20 pasukan di PMPL MY SG PH FALL 2022. Akhirnya sudah sampai ke babak Country Final yang akan membuka tirainya esok. Pasukan manakah yang akan mendominasi babak ini?

Seramai 20 pasukan termasuk Singapura dan Filipina telah pun berentap selama 3 minggu berturut-turut untuk mara ke pusingan Country Final PMPL MY SG PH Fall 2022.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Atas usaha dan kecekalan mereka, akhirnya 16 pasukan telah pun melayakkan diri mereka ke babak Country Finals ini.

Axis redONE, 4Rivals, CRIT VIP, Dingoz Esports, DON’T BREAK DREAMS, Geek Fam, Genexus, MAB Esports, RSG, SEM9, TABAH NSEA, Team Bosskurr, Team HAQ, Team Secret, Team SMG, dan Yoodo Alliance adalah antara 16 pasukan yang akan bersaing di babak Country Finals ini.

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Adakah si adik dan si abang Uhigh dan BiuBiu akan bertemu semula sehingga di babak akhir country finals? Mampukah Genexus bangkit semula dengan merampas posisi Geek Fam yang kini sedang memahkotakan di Top 1 Overall Ranking PMPL MY SG PH Fall 2022? Atau Geek Fam akan terus konsisten mendominasi menjaga tampuk pemerintahan mereka?

Bagaimana pula dengan persediaan Adik Luq yang digelarkan sebagai King Of Suntik untuk berhadapan dengan KimxGaming RSG MY?

Untuk pengetahuan anda, pasukan-pasukan yang bersaing di Country Finals akan bermain di 6 match setiap hari selama 3 hari berturut-turut.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Malahan menerusi info daripada PUBG Mobile Esports Malaysia juga mengatakan yang Map Order bagi babak Country Finals ini berbeza dengan peringkat Liga 2 minggu yang lalu kerana ianya mampu memberikan pengaruh yang besar kepada pasukan-pasukan yang bersaing di PMPL ini. Betul atau tidak kita saksikannya bermula esok.

Teruskan menyokong pasukan kegemaran anda dan ikuti PUBG Mobile Esports Malaysia untuk berita terkini PMPL MY SG PH Fall 2022 ini. Kami di Hyprgame akan terus memberikan isu-isu terkini berkaitan dunia esukan tanah air!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *