MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dragon Jadi Jurulatih RED Esports

ai hyprgame
Kongsi
Dragon Jadi Jurulatih RED Esports

Sejurus pengunduran Sora Payung secara tiba-tiba sebagai jurulatih pasukan RED Esports, Dragon pula telah dilantik sebagai jurulatih dan juga sekaligus sebagai pengurus pasukan ini.

Didalam kesuntukan masa dan MPL MY S10 masih lagi berbaki 4 minggu, RED Esports perlu mengambil keputusan dan langkah yang cepat supaya pasukan ini mempunyai seorang jurulatih semula.

Keberadaan sosok jurulatih perlu ada didalam mana-mana pasukan, kerana peranan mereka yang penting bagi mengawal dan mengekalkan momentun pasukan.

Kredit : RED Esports

Semalam, RED Esports telah memuatnaik satu hantaran yang mengumumkan Dragon sebagai jurulatih baharu mereka menggantikan Sora Payung yang tidak bersama RED Esports lagi.

Di hantaran tersebut juga, RED Esports mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat RED Esports dan komuniti MLBB yang telah memberikan sokongan kepada mereka sejak daripada mula lagi.

Hari ini di minggu ke-4 MPL MY S10, RED Esports akan bertemu dengan Team Caracal yang sudah pun membuat perubahan kepada roster mereka beberapa hari yang lalu. Selain perlawanan antara kedua pasukan ini, SMG dan RSG MY juga akan bertanding hari ini.

Apakah RED Esports akan bangkit semula? teruskan dengan sokongan anda dengan mengikuti siaran MPL MY S10 di MPL Malaysia agar tidak terlepas berita terkini MPL MY.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *