MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Cubaan Bagus 4Rivals Hari Pertama PMWI

ai hyprgame
Kongsi
Cubaan Bagus 4Rivals Hari Pertama PMWI

Recap semula aksi pasukan yang terlibat di PMWI 2022 hari pertama semalam dapat kita saksikan kehebatan pasukan negara jiran kita daripada Thailand, Vampire Esports berada dikedudukan Top 1 Overall Ranking.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Pasukan Vampire Esports berjaya mencatat 24 elims di match pertama dan mengutip WWCD! Kemudian mereka mencatat sekali lagi 51 Elims pada pusingan yang terakhir dengan Total Points terbanyak iaitu 86.

Manakala pasukan Stalwart Esports atau lebih dikenali sebagai STE  daripada Mongolia ini akhirnya dapat mengekalkan kedudukan mereka di Top 2 dengan kutipan WWCD yang penting sekali pada pusingan terakhir. STE mencatat 37 Elims, dengan beza 3 mata sahaja dengan Vampire Esports iaitu 83.

Kredit : Team Falcons

Tentu sekali pasukan tuan rumah tidak mahu kalah apabila berada pada posisi yang selamat di Overall Ranking PMWI 2022 hari pertama semalam. Pasukan Falcons berjaya memberikan persembahan yang menarik sehingga mampu meletakkan diri mereka untuk berada di Top 3. Mereka berjaya mencatat 34 Elims, WWCD dengan Total Points yang sedikit jauh daripada STE dan Vampire iaitu sebanyak 74.

Wakil Malaysia kita, 4Rivals akhirnya berada di Top 7 setelah melalui 6 pusingan pada hari pertama PMWI 2022 semalam. Daya ketahanan yang baik ditunjukkan oleh mereka di 2 pusingan berturut-turut sebelumnya akhirnya berjaya memberikan 11 Elims. Kemudian mereka mencatat 26 Elims pada akhir pusingan dengan Total Points sebanyak 49 tanpa sebarang WWCD.

Adakah 4Rivals akan mara ke Top 3 untuk hari kedua PMWI 2022 ini? Ayuh teruskan sokongan anda kepada wakil Malaysia ini! Pasukan 4Rivals juga sedang berkongsi mata yang sama dengan TJB EU yang berada di Top 6 dengan WWCD.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Untuk pengetahuan, pasukan 4Rivals sempat berada di Top 3 pada match ke-4 semalam apabila Vokey berjaya mengutip lebih mata kedudukan serta mencatat 11 Elims.

Walaubagaimanapunn saingan yang diberikan pasukan lain juga kuat sehingga pasukan tuan rumah iaitu Team Falcon berjaya merampas kedudukan Top 3 tersebut di pusingan akhir.

Jangan lupa untuk menonton secara Live hari ke-2 acara utama PMWI 2022 pada jam 7malam ini di platform media sosial PUBG Mobile Esports Malaysia bagi berita terkini pasukan kegemaran anda.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *