MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Raging Potato Berpindah Ke Inactive Roster SMG

ai hyprgame
Kongsi
Raging Potato Berpindah Ke Inactive Roster SMG

Raging Potato atau nama sebenarnya Ryan Jay Qui merupakan pemain yang berasal daripada Filipina ini aktif dalam esukan Dota. Dia memulakan kariernya dan bergiat aktif didalam industri esukan ini sejak tahun 2011.

Sepanjang penglibatannya di arena kompetetif ini, Raging Potato telah menimba pelbagai pengalaman kerana menyertai banyak pasukan sehinggalah terkini bersama Team SMG.

Raging Potato menyertai Team SMG sejak 20 November 2021, sehinggalah hari ini dia berpindah sebagai status “Inactive Roster” didalam pasukan SMG.

Menerusi media sosial rasmi SMG, mereka telah membuat pengumuman rasmi berkenaan status Raging Potato bagi divisi Dota 2 telah berpindah ke senarai tidak aktif.

Kredit : Dota 2 Monster

Status ini membolehkan Raging Potato untuk mencuba pengalaman dan suasana baharu bagi kariernya didalam industri ini. Jadi siapakah yang akan menggantikan Raging Potato yang berperanan sebagai Offlaner dan Support ini didalam SMG selepas ini?

Ada komen daripada peminat SMG memberikan teka-teki mahupun cadangan yang pemain Dota yang pernah memenangi ESWC Paris dan CAPL iceiceice adalah calon yang sesuai bagi SMG ini menggantikan Raging Potato.

Walaubagaimanapun setakat ini belum lagi ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan roster terbaharu SMG bagi musim yang akan datang ini.

Selain Raging Potato, SMG juga melepaskan pieliedie yang berperanan sebagai Support dan Captain didalam pasukan ini.

Terima kasih diatas sokongan dan persembahan yang diberikan oleh kedua-dua pemain ini. Di Facebook,SMG mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka bagi karier selepas ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *