MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Markyyy Rasmi Sertai BTR Alpha, MPL ID S10

ai hyprgame
Kongsi
Markyyy Rasmi Sertai BTR Alpha, MPL ID S10

BTR Alpha di akaun media sosial rasmi milik mereka telah memuatnaik satu hantaran berikutan pengumuman mereka akan kehadiran Markyyy sebagai pemain baharu pasuka mereka. 

Kredit : Bigetron Esports

Markyyy merupakan pemain profesional Mobile Legends Bang Bang daripada Filipina yang sebelum ini bermain untuk pasukan Filipina iaitu Onic PH. 

Perpindahan demi perpindahan pasukan Onic PH ini sudah menjadi bualan hangat dalam kalangan komuniti Mobile Legends Bang Bang. 

Selain Markyyy, sudah ramai pemain Onic PH yang telah berpindah dan membuka lembaran baharu bagi karier mereka di arena e-sukan ini. 

Kredit : James_chen

Sebenarnya, penyertaan Markyyy ke Bigetron Alpha kerap juga dijadikan perbualan umum. Ini kerana Jamesss yang merupakan Head Coach kepada pasukan SMG pernah memuatnaik satu hantaran Twitter mengenai perpindahkan pemain Filipina ke pasukan lain. 

Akhirnya ini menjadi kenyataan apabila Bigetron Alpha sendiri telah membuat pernyataan rasmi di platform media rasmi mereka menyambut kedatangan Markyyy buat persiapan di MPL ID S10 yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Markyyy pernah berperanan sebagai Gold Laner semasa bersama pasukan Onic PH sehingga mampu membawa nama Onic PH ke MPL ID S8 dan juga M3 World Championship. 

Kehandalan Markyyy adalah mampu beradaptasi dengan hero-hero Marksman seperti Wanwan, Beatrix dan juga Mage. 

Setakat ini belum lagi ada apa-apa kenyataan berhubung dengan gaji yang akan Markyyy dapat apabila berpindah ke BTR Alpha ini. 

Mark Christian Capacio atau lebih dikenali sebagai Markyyy didalam arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB yang dahulunya bermain bagi pasukan rumahnya sendiri iaitu Onic Filipina. Selepas menyertai Onic PH sejak 13 November 2020 sebagai Gold Laner, Markyyy mengundurkan diri daripada Onic PH sejak 4 Julai 2022. 

May be an image of 1 person and standing
Kredit : Markyyy

Hampir sebulan tidak mendengar tentang pasukan rasmi Markyyy akan sertai bagi MLBB musim ini. Akhirnya semua terjawab apabila Markyyy rasmi menyertai Bigetron Alpha Indonesia buat MPL ID S10 ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *