MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Geek Fam Juara Free Fire Challengers Series 2

ai hyprgame
Kongsi
Geek Fam Juara Free Fire Challengers Series

Setelah mara ke Grand Final Free Fire Challengers Series 2 FFCS, pasukan Geek Fam bagi divisi Garena Free Fire ini telah berjaya dinobatkan sebagai juara FFCS Musim Ke-2, 2022 ini. 

Kredit : Free Fire Malaysia

Untuk pengetahuan peringkat Grand Final FFCS 2 ini telah berlangsung selama 2 hari menyaksikan 12 pasukan berentap untuk mengambil tahta juara FFCS 2 ini.

May be an image of 2 people and text that says 'GEEK ন A CHALLENGERS SERIES RANK GRAND FINALS DAY OVERALL STANDINGS PLACEMENT POINTS 52 1 BOOYAH 1 KILL POINTS 56 TOTAL POINTS 108'
Kredit : Geek Fam

Pada hari pertama Grand Final FFCS ini pasukan Geek Fam mendapat 1 Booyah, 52 Placement Points, 56 Kill Points dengan Total Points sebanyak 108. 

May be an image of 2 people and text that says 'GEEK GEEK FAM FREE FREEFIRE F RE CHALLENGERS SERIES SEASON 2 RANK GRAND FINALS DAY 2 OVERALL STANDINGS BOOYAH PLACEMENT POINTS 107 1 KILL POINTS 102 TOTAL POINTS 209'
Kredit : Geek Fam

Kemudian mereka konsisten untuk berada di kedudukan Top 1 didalam carta dengan  3 kali Booyah, 107 Placement Points, 102 Kill Points dan 209 Total Points pada hari kedua (akhir) grand final ini. 

Kredit : REW ELLVENND

Grand Finals Free Fire Challengers Series Musim 2 ini menyaksikan pasukan teratas daripada Malaysia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka bersaing untuk Prize Pool terkumpul sebanyak USD 30,000. 

Kredit : Free Fire Malaysia

Geek Fam berjaya menolak Farang di kedudukan Ke-2 didalam Overall Ranking Grand Final FFCS 2. Farang meraih 4 Booyah, 113 Placement Points, 93 Kill Points dengan Total Points sebanyak 286. Hanya beza beberapa mata sahaja dengan Geek Fam. Walaubagaimanapun rezeki tidak menyebelahi Farang kerana Geek Fam lebih tangkas menumpaskan Farang. 

Lain-lain pasukan yang beraksi adalah Pando EWG, Axis Esports,Orange Esports, Noxscape, WatchNLearn, Todak, dan ORV Esports merupakan pasukan Malaysia yang bersaing bersama Geek Fam. 

Manakala 3 lagi pasukan adalah daripada Filipina iaitu Anxiety, Bloody Head dan K9 Esports turut serta di Grand Finale ini. 

Pasukan EWG mendapat tempat Ke-3 bagi FFCS 2 ini. Diikuti Axis Esports di tempat Ke-4. 

Keputusan ini menjadikan Geek Fam, Farang dan EWG terus layak ke MCP musim yang Ke-4. Manakala pasukan yang lain seperti, Axis, Anxiety, Bloody Head, Orange Esports dan K9 akan bersaing di peringkat kelayakkan bagi menempah tempat ke MCP musim Ke-4

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *