MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Linkezaa Rasmi Sertai RSG MY

ai hyprgame
Kongsi
Linkezaa Rasmi Sertai RSG MY

Mohd Hadim atau lebih dikenali sebagai LinkEzaa di arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB pernah berperanan sebagai Jungler sebagai langkah pertamanya di arena e-sukan ini. Bekas pemain Orange Esports ini telah rasminya menyertai RSG MY bagi musim baharu MPL MY Musim Ke-10. 

“ Mugiwara No Linkezaa! Confirmed”. – RSG MY

“Petani terhebat LinkEzaa yang disebut-sebut pada musim lalu, nampaknya akan terus mengungguli MPL MY S10, kali ini dengan RSG!”.- RSG MY

Untuk pengetahuan anda, Mugiwara adalah sejenis topi yang diperbuat daripada jerami. Kebiasaannya ianya dipakai oleh para petani. Malahan Mugiwara ini juga  dikenakan oleh karakter Luffy sebagai watak utama animasi One Piece. 

Selain itu jika kita mencari maksud Mugiwara itu sendiri ianya membawa kepada  orang yang berani, cerdas, dan bekerja keras. Malahan dianggap seorang teman yang setia, memberikan nasihat atau sokongan yang baik.

Ini sememangnya sesuai dengan karakter Linkezaa yang sangat merendah diri, tetapi ingin sentiasa fokus dan lakukan yang terbaik buat pasukan dan kariernya sebagai pemain e-sukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB. 

Itulah caption yang ditulis oleh RSG MY menerusi satu hantaran gambar Linkezaa yang menyatakan Linkezaa sudah rasmi menyertai mereka.

Linkezaa sangat berpengalaman sebagai Jungler dia arena Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Ini terbukti apabila mampu membawa pasukan Orange Esports ke MSC 2022 dan berada di Top 5. 

Nampak gayanya, RSG MY tidak main-main untuk menjadi juara bagi MPL MY musim baharu ini. Dengan kehadiran Linkezaa bakal memberikan saingan hebat kepada pasukan lawan mereka nanti. 

RSG MY pernah menjadi juara MPL MY pada musim ke-7, dan kali ini mereka ingin merampas tahta itu semula dengan menyerap Linkezaa sebagai Jungler sekali lagi

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *