MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Jom layan Trash Talk PMPL MYSGPH FALL 2022

ai hyprgame
Kongsi
Jom layan Trash Talk PMPL MYSGPH FALL 2022

PMPL MYSGPH FALL 2022 akan membuka tirainya pada 20 Julai 2022. Jadi sebelum itu apa kata kita layan dulu segmen Trash Talk PMPL MYSGPH 2022 ini di media sosial rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia dahulu. Sambil tonton sambil kita memberikan komen-komen positif dan suntikan semangat kepada peserta-peserta PMPL MYSGPH FALL 2022 ini. 

Dengar khabar kebangkitan Terminator AdikLuq ingin mencabar si raja UHIGH. Manakala Jumper pula menekankan tentang kejayaannya memenangi SEA Championship 2 kali berturut-turut. Selain itu Jumper juga pernah membawa nama Malaysia bagi Sukan Sea Vietnam baru-baru ini apabila berjaya membawa Pingat Gangsa buat pasukan Malaysia (kategori PUBG Mobile). 

Menurut sumber PUBG Mobile Esports Malaysia, Jumper memberikan kata-kata ucapan supaya pasukan dan pemain PMPL MYSGPH FALL 2022 yang lain untuk berlatih lebih baik bagi meningkatkan skills dan pasukan ketika berhadapan dengan Jumper nanti. 

Seperti biasa AdikLuq dan Uhigh sentiasa ingin mengekalkan gelaran seorang terminator pada kejohanan seperti ini. Tambahan lagi AdikLuq pernah mendapat gelaran terminator dua kali berturut-turut pada musim yang lalu. Walaubagaimanapun kembalinya Uhigh di Malaysia bukanlah main-main kerana dia benar-benar ingin menang. 

Bagaimana pula dengan Smallboy yang dahulunya daripada RSG MY berpindah dengan nama baharu ke pasukan GNX yang disertai bersama BIUBIU? Adakah nama Xiaoboytt akan memberikan kelainan kepada dia dan GNX di PMPL MYSGPH nanti? 

Team Bosskur juga turut tidak mahu kalah dengan ancaman pasukan lain, mereka berharap akan kekal lama didalam pertandingan ini.

“Kata PMPLMYSGPH, tapi mana SG PH nya? Kata kuat”- HB TRIXX

Benar, jika disemak semula akan carta peserta PMPL MYSGPH FALL 2022, kebanyakkan pasukan di monopoli oleh pasukan Malaysia. Jadi Trixx daripada pasukan Homebois benar-benar nak lihat pasukan yang mewakili SG dan PH di kejohanan ini untuk tampilkan diri mereka juga. 

Memamg macam-macam drama ada didalam sesi Trash Talk kali ini, macam biasa hati kena kental dan kuat untuk hadapi kata-kata mereka. Manalah tahu boleh dijadikan sumber semangat kepada setiap pasukan dan pemain.

Kalau nak layan lebih banyak lagi Trash Talk daripada pemain-pemain pasukan profesional PUBG Mobile ini, layari laman sosial rasmi seperti Facebook, Youtube PUBG Mobile Esports Malaysia ya. Gerenti tak kering gusi. Tak sabar rasannya ingin menonton aksi mereka di PMPL MYSGPH FALL 2022 yang akan bermula 20 Julai 2022 ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *