MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Duo V33wise Mahu Ceburi Perniagaan Sebagai Karier

ai hyprgame
Kongsi
Duo V33wise Mahu Ceburi Perniagaan Sebagai Karier

“Impian saya dan V33 adalah untuk memulakan perniagaan.” – Wise . Itulah kata-kata Wise yang dikenali dengan duonya V33 didalam arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Pemain daripada pasukan Blacklisted International PH ini sebenarnya mempunyai impian besar untuk membina perniagaan pula.

Blacklist's OhMyV33nus, Wise to skip MPL Philippines Season 9 | GMA News  Online
Kredit : GMA Network

Duo terhebat ini pernah mengegarkan dunia permainan peranti mudah alih Mobile Legends Bang Bang MLBB apabila bergelar Juara ketika Kejohanan Dunia M3 lalu. Malahan Duo ini juga telah membawa nama pasukan Filipina itu Blacklisted International di arena Sukan Sea Hanoi Vietnam baru-baru ini apabila berjaya mejadi Juara dalam acara Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Selain dua kejohanan ini, pasukan Blacklisted International PH yang disertai Wise dan V33 ini juga pernah dinobatkan sebagai Juara MPL PH sebanyak 2 kali secara berturut-turut.

Didalam temubual Wise bersama salah satu media, dia mengatakan yang dia mempunyai target tertentu saat bergelar pemain profesional Mobile Legends Bang Bang ini. Dimana Wise sudah mempunyai satu perancangan yang akan digunakan ketika dia bersara sebagai pemain Mobile Legends Bang Bang suatu hari nanti.Nantikan M4 World Championship Januari 2023 Ini!

Ibarat pepatah “sediakan payung sebelum hujan”. Wise tidak mahu karier atau namanya di dalam industri terhenti begitu sahaja. Segala kejayaan dan pengalaman sehingga kini sepanjang bergelar pemain profesional haruslah menjadi perkara yang berguna bagi masa depannya dan V33.

“Jika suatu hari saya tidak lagi menjadi pilihan sebagai pemain profesional, saya tidak mahu menutup karier saya, jadi saya mahu ada status tersebut (seorang yang berkerjaya.”

Kerana salah satu tujuan Wise apabila berimpian melangkahkan kaki dalam bidang perniagaan adalah untuk mengeluarkan merchandise V33Wise.

Kredit : Youtube Wise Gaming

Walaupun begitu buat masa terdekat ini, Wise dan V33 ingin lebih fokus kepada penstriman dan merancang untuk berehat selepas ini sebelum kembali semula beraksi pada MPL PH musim ke-10 nanti.

Kredit : Youtube Tryke Gutierrez


Seperti individu lain, Wise juga mempunyai idolanya didalam industri perniagaan iaitu Tryke Gutierrez yang merupakan pengasas bersama kepada Tier One Entertainment dan juga pemilik bersama kepada Blacklist International.

Tier One Entertainment Japan interview
Kredit : Esports Insider

” Boss Tryke adalah inspirasi saya, sebelum dia menjadi seorang boss dia merupakan seorang shoutcaster, dari situ dia belajar banyak hal sehingga berjaya memiliki syarikat sendiri iaitu Tier One. Saya dan V33 berimpian untuk menjadi sepertinya di barisan yang sama dengan Boss Tryke dan Bos Alodia.”

Semoga impian dan cita-cita duo Filipina MLBB terhebat ini akan terealisasi suatu saat nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *