Dah tiba masanya untuk kalian sebagai peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB untuk tandakan kalendar bagi acara M4 World Championship Januari 2023 nanti!
Moonton yang merupakan pembangun permainan video peranti mudah alih Mobile Legends Bang Bang telah membuat pengumuman rasmi berkenaan M4 World Championship 2023.
M4 World Championship merupakan acara terbesar bagi arena Mobile Legends Bang Bang MLBB yang diadakan pada setiap tahun.
Bagi yang terlepas mendapat info berkenaan pengumuman ini anda boleh laman rasmi Youtube Mobile Legends Bang Bang dan menonton video tersebut sepenuhnya.
Trailer pengenalan M4 World Championship 2023 kali ini menampilkan pasukan-pasukan legend di arena Mobile Legends Bang Bang.
Pasukan-pasukan ini pernah menjuarai pelbagai tournament besar dan penting sepanjang perjalanan mereka di arena Mobile Legends Bang Bang MLBB.
Antara pasukan yang berada didalam video M4 World Championship 2023 itu adalah pasukan EVOS Legends, Bren Esports, dan Blacklisted International yang pernah menjadi Johan Sukan SEA Hanoi baru-baru ini.
Ketiga-tiga pasukan ini merupakan pemenang M series sebelum ini, jadi di video youtube Mobile Legends Bang Bang tersebut menunjukkan mereka sedang meraikan kemenangan ketika diumumkan sebagai sang juara.
Bagi tarikh yang tepat kepada M4 World Championship ini masih belum diumumkan lagi. Tetapi pihak Moonton dikatakan akan menjangkakan untuk membuat pengumuman tersebut pada hujung Januari 2023.
Untuk pengetahuan, akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia dengan teruknya pada 2 tahun yang lalu telah menyebabkan M2 dan M3 World Championship tidak dapat dilihat secara live audience secara maksimum kerana arahan kawalan pergerakan.
Kedua-dua siri M2, dan M3 World Championship ini diadakan di Singapura ketika itu. Dapatkan update terkini di Hyprgame dan pastikan anda tidak tertinggal liputan ya !
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!