MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Coach ONIC PH undur diri, siapa pengganti Yeb?

ai hyprgame
Kongsi
Coach ONIC PH undur diri, siapa pengganti Yeb?

Siapa yang tidak mengenali pasukan terkuat daripada Filipina ini iaitu pasukan ONIC. ONIC PH pernah menjadi Naib Juara M3 Mobile Legends Bang Bang. Terkini dikhabarkan yang jurulatih mereka iaitu Yeb meninggalkan pasukan ini secara rasminya. Siapakah yang akan menggantikan Coach Yeb bagi divisi ONIC PH kelak?

Coach Yeb explains why ONIC PH stuck to the same roster for MPL PH Season 9  | ONE Esports
Kredit : One Esports

Walaupun ONIC PH gagal mendapatkan slot pada Kejohanan Asia Tenggara iaitu MSC 2022 baru ini, mereka tetap merupakan pasukan yang juga digeruni oleh rata-rata pemain Mobile Legends Bang Bang MLBB. 

Terkini dikhabarkan yang jurulatih pasukan ini iaitu Yeb telah mengundurkan diri daripada pasukan ini. Apakah haluan Coach Yeb selepas ini?

Coach Yeb menjadi jurulatih ONIC PH sejak 2021 tahun lalu, dan sepanjang 2021 hingga 2022 ini Coach Yeb telah bersama-sama ONIC PH didalam pelbagai kejuaraan Mobile Legends Bang Bang.

Diantara pencapaian Coach Yeb bersama ONIC PH ini adalah berjaya ke pusingan Playoffs MPL S7, 2nd Runner Up MPL S8, juga menyertai  ONE Esports MPL Invitational 2021. Selain itu mereka juga berjaya melayakkan diri menjadi Top 4 di MPL S9 baru-baru ini. 

Jika dilihat daripada pelbagai penyertaan mereka bagi kejuaraan MLBB ini, mereka sememangnya mempunyai kebolehan makro dan mekanikal. Dimana ianya amatlah digeruni oleh pasukan MLBB yang lain.

Kredit : Snipe Gaming TV

Ketiadaan Coach Yeb sebagai tulang belakang ONIC PH pastinya akan memberi seribu satu impak yang besar kepada pasukan ini. Namun begitu setiap pertemuan pasti ada perpisahan. ONIC PH dan Coach Yeb sama-sama perlu memberi peluang kepada diri masing-masing untuk mencuba sesuatu yang baru pula.

Siapakah agaknya yang sesuai menjadi pengganti Coach Yeb? Kita tunggu kenyataan rasmi daripada ONIC OH nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *