MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Semua Pemain Orange Esports Mengundurkan Diri

ai hyprgame
Kongsi
Semua Pemain Orange Esports Mengundurkan Diri

Bahang MSC 2022 masih terasa, namun lain pula dengan khabar berita tentang pemain pasukan Orange Esports secara rasminya dilepaskan daripada devisi ini. Mereka telah bermain dengan baik walaupun masih lagi setahun jagung melangkahkan kaki di MSC 2022. Meskipun tidak berjaya mara ke final, prestasi persembahan yang ditunjukkan mereka juga tidak kurang hebatnya seperti pasukan profesional yang lain. Memandangkan pendaftaran MPL Musim Ke-10 telah bermula, kemanakah hala tuju mereka selepas ini?

Image
Kredit : Twitter Orange Esports

“Berakhirnya perjalanan Orange Esports di MSC 2022, maka berakhirlah juga perjalanan ahli pasukan kami bersama Orange Esports. Namun begitu ini bukanlah sebuah pengakhiran, malahan menjadi permulaan baru buat kami.” – Orange Esports

Kredit : Twitter Orange Esports

” Ini adalah pengunduran kami secara rasmi daripada Orange Esports selepas MSC 2022 berakhir, berjaya menjadi “Debut” pertama di peringkat SEA di Kejohanan MLBB adalah sesuatu yang kami banggakan dengan pemain Orange Esports.”- Orange Esports

Kredit : Twitter Orange Esports

Pasukan Orange Esports berjaya membuat kejutan kepada senior Mobile Legends Bang Bang MLBB apabila berjaya menumpaskan EVOS SG dan kemudian bertarung dengan sengit menemu pasukan Filipina iaitu Omega pada skor 2-3.

Mereka kalah dengan cara bermaruah, berjaya membalas dendam dengan kekalahan lalu di Sukan SEA oleh pasukan Singapura, dan berjaya bertemu dengan pasukan Omega PH.

Kredit : Youtube MYGaming

Pengalaman di MSC 2022 merupakan yang berharga buat pasukan yang dikatakan Underdog ini. Mereka telah menjadi Top 5 pasukan terbaik di MSC 2022.

Adakah devisi ini akan mencari pemain baru, dan melatih mereka untuk kejohanan musim akan datang? atau iainya akan dibubarkan terus? Walaubagaimanapun ramai peminat Orange Esports yang masih mengharapkan kemunculan pemain-pemain ini di musim yang akan datang. Jika mereka tidak lagi kembali bersama Orange Esports, pasukan manakah yang akan mereka sertai demi kelangsungan karier mereka di arena MLBB ini. GGWP Orange Esports!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *