MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pilih Atlas Cara Tumpaskan EVOS SG – Orange Esports

ai hyprgame
Kongsi
Pilih Atlas Cara Tumpaskan EVOS SG - Orange Esports

Walaupun EVOS SG sangat berpengalaman dan mempunyai gaya yang tersendiri di arena Mobile Legends Bang Bang MLBB. Pasukan Orange Esports telah pun terlebih dahulu mengkaji corak permainan mereka dan membuat perancangan terbaik bagi menentang mereka semalam.

Selain Valenz yang menggunakan Wan Wan dengan damage yang begitu besar, Jurulatih Orange Esports yang dikenali sebagai Pabz juga menekankan yang pemilihan Atlas merupakan kunci utama kepada kemenangan pasukan Orange Esports di peringkat kumpulan MSC 2022.

Kredit : Youtube MYGaming

Seperti yang kita ketahui pemilihan Atlas sebagai hero buat pasukan Malaysia sudah lama digunakan sejak dulu lagi. Pasukan Todak juga pernah menggunakan Hero Atlas ketika kejuaraan M2 dulu.

May be a cartoon of ‎2 people and ‎text that says '‎MNA MSC MSC MAP OF FUN FACTS OE M.NN VA THE 5G CONNECTION Minnn & Mannn not only are inseparable twins, but also the strong twin pillars of Orange Esports! PONSIDE 'TikTok UniPin Aptoide ESPORTS سe 810‎'‎‎
Kredit : MPL Malaysia

Atlas adalah ibarat signature Hero didalam arena MLBB ini buat pasukan Malaysia dan ternyata untuk MSC 2022 kali ini Atlas yang digunakan oleh Minn benar-benar mengganas ketika merempuh pasukan EVOS SG.

Kredit : Youtube Layla Lithara

Jika dikaji secara strateginya Diggie merupakan counter Atlas yang tepat dan jika ingin counter tanpa Diggie haruslah Atlas di banning terlebih dahulu.

Diggie ML: Best Item Build, Spell, Emblem, Strategy Guide 2022 | Indie Game  Reviews and Esports News
Kredit : Blooing

Oleh sebab itu pasukan Orange Esports hanya mengikut tempo pasukan lawan dan akhirnya counter pertempuran disaat akhir dengan menggunakan hero yang mereka gunakan.

May be an image of 1 person and text

Menjadi satu kebanggaan buat Orange Esports kerana berjaya membalas dendam kerana telah dikalahkan oleh pasukan Singapura semasa Sukan SEA 2021.

Meet the MPL Teams: Evos Esports SG – MPL
Kredit : MPL

Hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh Pabz sebagai jurulatih pasukan Orange Esports untuk bertemu dengan pasukan RSG PH kerana bagi mereka, pasukan Filipina sangatlah berpengalaman, malahan corak dan strategi permainan mereka juga lain daripada yang lain.

Tetapi kita tidak perlu terlalu bimbang kerana sejak hari pertama MSC 2022 ini, Orange Esports telah pun menunjukkan prestasi yang memuaskan bagi arena MLBB ini. Malahan Malaysia percaya yang Orange Esports mempunyai strateginya yang tersendiri untuk menang ketika babak di Playoffs hari ini.

Kredit : Youtube Layla Lithara

Saksikan perlawanan antara Orange Esports dan RSG SG yang kini sedang berlansung secara langsung dimana pusingan Playoffs ini akan menentukan samaada mereka akan ke peringkat seterusnya ataupun harus beradu di peluang kedua pusingan Lower Bracket pula.

Kredit : Youtube MLBB Official

Teruskan memberi sokongan anda kepada pasukan Orange Esports yang terdiri daripada Garyy, Born, Valenz, Lolla dan duo kembar Minn dan Mann di MSC 2022 yang berlansung di MITEC Kuala Lumpur sehingga Ahad ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *