MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ORANGE ESPORT Berjaya Menewaskan RSG SG 2-1

ai hyprgame
Kongsi
ORANGE ESPORT Berjaya Menewaskan RSG SG 2-1

Nampaknya selepas kemenangan RSG SG menewaskan Falcon ianya tidak kekal lama apabila mereka kalah dengan pasukan Orange Esports dengan skor 2-1 pada pusingan Playoffs MSC hari ini.

Kredit : MSC 2022

Orange Esports kali ini telah membuktikan yang mereka bukanlah pasukan underdog di MSC 2022 seperti yang diperkatakan oleh segelintir pihak. Malah mereka telah membanggakan Malaysia kerana berjaya mendapatkan mata 2-1 menentang pasukan RSG daripada Singapura.

Kredit : Youtube MYGaming

Berkaitan dengan persediaan pasukan Orange Esports pula, mereka mengatakan yang persediaan bagi MSC 2022 adalah sama seperti sebelumnya di MPL yang lalu.

Kredit : MSC 2022

” untuk persediaan ketika MSC ini kami menggunakan strategi dan cara yang sama juga seperti MPL yang lalu, dan kami membawa lebih banyak tenaga ketika permainan, dan kami sebenarnya tidaklah berapa begitu tertekan kerana telah memikul beban sebagai Tuan Rumah buat MSC 2022 ini.” – Orange Esports

Pasukan Orange Esports juga mengatakan yang pasukan RSG PH merupakan pasukan yang kuat dan mereka sangat mengagumi mereka di arena MLBB ini.

May be an image of 2 people

” peratus untuk kami menang menentang RSG PH itu ada, tetapi kami perlu lebih fokus, dan yakin pada diri kami untuk menjadi pemenang pada match tersebut itu nanti.”- Orange Esports

Tambahan lagi Orange Esports perlu berwaspada dengan pasukan RSG PH dengan Jungler iaitu Demonkite dan juga Roamer mereka yang kuat.

Bila ditanyakan mengenai cara Orange Esports bangkit semula dan menentang Akai Jungler RSG SG pada match yang ke-3, mereka hanya menekankan untuk bermain seperti biasa dan fokus dengan strategi untuk memenangi match tersebut.

Kredit : MSC 2022

Tahniah Orange Esports, semoga terus cemerlang ke pusingan seterusnya iaitu Upper Bracket untuk menentang pasukan RSG PH pula di MSC 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *