Kepada fans PUBG Mobile yang tidak berjaya mendapatkan tiket menonton PMPL SEA Championship Spring 2022, anda kini tak perlu risau lagi kerana dapat menyertai Watch Party PMPL SEA 2022 di tiga buah lokasi iaitu Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan pada 10 sehingga 12 Jun 2022, Jam 4 Petang.
Salah satu organisai esukan Malaysia iaitu Persatuan Esports Negeri Sembilan (NSEA) akan menganjurkan Watch Party (Tayangan Tontonan) acara PMPL SEA Championship Spring 2022.
Acara Watch Party ini di lokasi Negeri Sembilan ini akan diadakan pada hari Ahad (12 Jun 2022), jam 4 petang di Sendayan Extreme Park, Negeri Sembilan.
Untuk pengetahuan, penyertaan 100 orang ketika pendaftaran acara ini akan menerima kupon makan percuma, manakala 32 penyertaan awal akan berpeluang untuk menyertai PUBG Mobile Mini Tournament.
Selain itu anda juga berpeluang untuk menang wang hadiah terkumpul sebanyak RM1000 dan juga produk permainan lain sebagai merchandise.
Untuk pendaftaran penyertaan permainan dan lain-lain anda boleh menekan pautan yang tertera pada hantaran laman sosial Facebook Persatuan Esports Negeri Sembilan (NSEA) sekarang !
Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang juga akan mengadakan Watch Party ini bagi membuka peluang kepada peminat yang tidak mendapatkan tiket PMPL SEA 2022 memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran khususnya Malaysia.
Bagi acara Watch Party di Selangor akan bertempat di Pitstop Homebois, dan dikhabarkan terbuka kepada semua fans sehingga kerusi penuh.
Manakala bagi Pulau Pinang pula akan di beritahu sehingga sudah mendapat maklumat yang tepat berkenaan program ini.
Dengar kata ramai pemain profesional esukan akan menyertai acara Watch Party ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama mereka sambil memberikan sorakan semangat kepada pasukan Malaysia kita. Pasti meriah kan !
Jangan lupa untuk menyaksikan Kejohanan PMPL SEA yang akan bermula pada 10 sehingga 12 Jun 2022 dan bertempat di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!