Pasti ramai yang masih belum tahu tentang Anugerah Individu bagi PMPL SEA Championship Spring 2022 bagi pemain yang beraksi dan prestasi yang baik dalam memainkan peranan masing-masing semasa pertempuran PUBG Mobile. Jadi siapakah yang akan dinobatkan sebagai Eagle Eye, Field Medic, Grenade Master, Gunslinger ataupun Survivor terhebat PUBG Mobile kali ini?
Untuk pengetahuan, seramai 5 orang akan terpilih menjadi pemenang bagi anugerah ini sempena PMPL SEA Championship Spring 2022 yang bakal berlangsung dalam beberapa hari saja lagi.
Jom kita imbas kembali scene menarik dan sedikit ringkasan yang berkaitan dengan kelima-lima anugerah ini!
Baru-baru ini SZSTE YuYang dan estBAZZI telah berjaya dinobatkan sebagai Eagle Eye bagi acara PUBG Mobile League East dan League West. Mereka bagus dalam menembak (shots) lawan dan mempunyai kebolehan seperti mata helang (Eagle Eye).
Seperti seorang pakar medik, BiuBiu yang telah membuat kejutan untuk kembali ke medan pertempuran PUBG Mobile ketika PMPL MYSGPH Spring 2022 baru-baru ini telah menjadi penyelamat di medan pertempuran sekaligus membuktikan yang GNX mempunyai Fragger yang kuat juga.
Ketika di PUBG MOBILE Global Championship peringkat Liga, Ryzen daripada pasukan Bigetron RA pernah dianugerahkan sebagai Grenade Master kerana berjaya menggunakan 201 Frag Grenade sekaligus menjadi pemain yang paling banyak dengan Frag Grenade. Ryzen berjaya dengan 18 Elims menggunakan Grenade. Selain itu dia juga hebat menggunakan smoke grenade sebanyak 189.
Masih ingatkah kita tentang acara PMPL MYSGPH Spring 2022 yang menyaksikan AXIS Mica begitu bergaya saat menjadi Gunslinger ketika bertempur? Dengan aksi melompat, frank dan kebolehan Spray dalam jarak jauh AXIS Mica dinobatkan sebagai Gunslinger ketika pertempuran tersebut.
Sehingga sekarang kita masih tidak percaya tentang kehebatan Shinzi yang mampu bertahan begitu lama sehingga berjaya menyingkirkan musuh ketika pertempuran. Malahan Shinzi menggunakan Clutch dengan sebaiknya sehingga menjadi Survivor dalam acara tersebut. Benar-benar seperti Clutch Guerilla!
Agak-agak kalian, untuk PMPL SEA Championship Spring 2022 kali ini pemain daripada pasukan manakah yang akan berperanan dalam mewakili 5 anugerah individu ini? Kita tunggu dan lihat di PMPL SEA Championship Spring 2022 di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada 10-12 Jun ini!
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!