MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

SYOK MY Battle Giveaway MLBB MSC 2022

ai hyprgame
Kongsi
SYOK MY Battle Giveaway MLBB MSC 2022

Bersempena Piala Asia Tenggara MSC 2022, siaran radio SYOK atau ERA FM telah menganjurkan peraduan Battle Giveaway Mobile Legends MSC 2022! Anda berpeluang untuk memenangi tiket menyaksikan MSC 2022 ini dengan lebih dekat ! Selain itu hadiah menarik yang lain juga menanti dengan melayari laman web radio era (era.syok.my) sekarang!

Kredit : Youtube Mobile Legend Bang Bang Official

Sebagai menyokong skuad Malaysia pada kejohanan MSC 2022 ini, radio ERA menganjurkan giveaway buat peminat MLBB di luar sana. Selain tiket (seat) di MSC 2022 ini, ERA dengan kerjasama Mobile Legends Bang Bang MLBB juga menawarkan pelbagai lagi hadiah menarik.

Kredit : Twitter @syoksyoksyok

Syarat untuk menyertai peraduan ini sangat mudah, anda hanya perlu memberikan slogan yang menarik di dalam ruangan yang disediakan pada borang dalam talian di laman web seperti yang tertera. Anda boleh rujuk artikel ini sepenuhnya atau terus ke laman sesawang Syok MY.

May be an image of 7 people and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Isikan semua butir peribadi yang lengkap serta jawab satu soalan yang telah disediakan didalam borang pertandingan ini.

SYOK MY Battle Giveaway MLBB MSC 2022
Kredit : SYOKMY

Pastikan anda menulis slogan yang paling menarik dan kreatif tentang sebab kenapa anda patut menang giveaway ini. Mudah kan? Selain hadiah tiket MSC 2022, peserta juga berpeluang untuk memenangi 2 Chest Box bernilai 3,000 MLBB Diamonds yang mengandungi pelbagai ganjaran pada setiap satu kotak tersebut.

Buat kaki Mobile Legends Bang Bang, rebutlah peluang keemasan ini kerana hanya 5 pemenang sahaja akan dipilih didalam peraduan ini.

Kredit : Twitter Syok Malaysia

Kali ini kalian sudah boleh tonton MLBB MSC 2022 secara beramai-ramai dan beri sokongan kepada pasukan mewakili Malaysia khususnya. Mungkin kalian akan jadi pemenang bertuah untuk mendapatkan “seat” di MSC pada 8 dan 16 Jun 2022 ini. Jom sertai battle ini!

Jangan lupa untuk memuat naik aplikasi S-Y-O-K di App Store, Google Play Store & Huawei App Gallery untuk pelbagai update dan ganjaran menarik sempena MSC 2022 ini!

Ayuh kita tonton MSC 2022 dan berikan sorakan semangat kepada skuad Malaysia bagi bersaing dengan pasukan lain merebut gelaran Raja Asia MLBB MSC 2022!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *