MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dapatkan Tiket MSC 2022 Sekarang

ai hyprgame
Kongsi
Dapatkan Tiket MSC 2022 Sekarang

Anda dah dapatkan tiket ke perlawanan Playoffs MSC 2022? Pembelian tiket ke perlawanan Playoffs Mobile Legends Bang Bang Piala Asia Tenggara MSC 2022 telah pun dibuka sejak semalam. Dapatkan tiket anda dan berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran hadiah. Jom sertai MSC 2022 yang berlangsung di Malaysia International Trade Centre (MITEC), Kuala Lumpur !

Dapatkan Tiket MSC 2022 Sekarang
Kredit : Facebook MLBB

Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Piala Asia Tenggara MSC 2022 akan bermula pada 11-12 Jun 2022 bagi peringkat berkumpulan (skuad).

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Manakala untuk kategori Playoffs pula akan bermula daripada 14 Jun sehingga 19 Jun 2022 ini. Semalam, di laman sosial seperti Facebook dan Instagram Mobile Legends Bang Bang telah pun membuat hantaran berkenaan pembelian tiket ke MSC 2022 telah pun dibuka.

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Jadi untuk anda yang ingin menyertai secara langsung bolehlah membeli tiket melalui platform media sosial Mobile Legends Bang Bang. Cuma tekan link yang telah disediakan didalam hantaran tersebut atau layari laman sesawang MLBB www.ticket2u.com.my/msc2022 atau msc.mobilelegends.com dan ikuti arahan selanjutnya.

Kredit : www.ticket2u.com.my/msc2022

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali pertama Malaysia menjadi Tuan Rumah bagi Piala MSC 2022 ini dimana acara akan berlangsung bermula 11 hingga 19 Jun 2022 yang bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Trade and Exhibition Centre) MITEC.

Seramai 12 Pasukan terbaik yang mewakili setiap Asia Tenggara akan merebut gelaran Raja Asia Tenggara berserta USD 300,000 sebagai Prize Pool.

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Tahun ini merupakan tahun dimana pertandingan secara Offline LAN kembali semula setelah pandemik melanda negara sejak 2 musim yang lalu. Ini memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan sendiri perlawanan Playoffs secara live sekaligus memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat lebih banyak ganjaran dan melayakkan diri untuk menerima pelbagai buah tangan (goodies) daripada Mobile Legends Bang Bang MLBB bagi MSC 2022. Anda boleh memilih untuk membeli tiket Gold mahupun Silver yang bermula daripada harga RM25-RM40 mengikut Match dan hari yang ditetapkan.

Jadi apa tunggu lagi? Tanda kalendar anda sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *