MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Bon Chan Waspada Dengan Malaysia Dan Singapura

ai hyprgame
Kongsi
Bon Chan Waspada Dengan Malaysia Dan Singapura

Siapa tidak kenal dengan pasukan daripada Filipina yang merupakan salah satu antara pasukan yang terkuat menguasai permainan peranti mudah alih Mobile Legends Bang Bang MLBB. Walaubagaimanapun pasukan Singapura dan Malaysia juga tidak kurang hebatnya kerana merupakan Top 4 ketika di Sukan SEA baru-baru ini. Jika silap percaturan, mereka juga akan kalah pada Sukan Sea 31, jadi Bon Chan selaku jurulatih pasukan Filipina dan Blacklist International harus berwaspada dengan pasukan Malaysia dan Singapura. Adakah Malaysia dan Singapura menjadi pencabar terkuat di MSC 2022? Kita tunggu dan lihat nanti!

SIBOL's Mobile Legends: Bang Bang team receiving their gold medals at the 31st SEA Games
Kredit : One Esports

Pasukan Filipina seperti yang telah kita ketahui hebat mencipta meta baharu, dan ini menyebabkan kesukaran bagi pasukan lawan untuk menduga corak permainan mereka. Lihatlah kehebatan mereka ketika menewaskan pasukan Indonesia baru-baru ini di Sukan SEA Hanoi 2021 sehingga mampu mengekalkan posisi mereka menjadi no.1 di arena MLBB ini.

Kredit : Instagram One Esports ID

Pasukan Singapura memenangi Pingat Gangsa pada Sukan Sea Ke -31, manakala Pasukan Malaysia pula berjaya berada dikedudukan Ke-4 semasa Finale MLBB tersebut.

Kredit : My Game On

Menurut Bon Chan, prestasi persembahan yang ditunjukkan pasukan Malaysia dan Singapura semasa perlawanan mereka di Sukan Sea Hanoi Vietnam Ke- 31 baru-baru ini sudah cukup membuktikan yang kedua-duanya bukanlah pasukan Underrated. Hanya berbeza beberapa mata sahaja Malaysia dan Singapura betul-betul berada di belakang mereka.

Sukan SEA Hanoi: Skuad e-sukan mohon maaf gagal pertahan gangsa Mobile  Legends | Stadium Astro
Kredit : Berita Terkini

Menurutnya lagi strategi permainan pasukan Malaysia dan Singapura juga agak sukar untuk dibaca dan ini terbukti saat Malaysia hampir Menang ketika melawan dengan Filipina ketika di Sukan Sea Ke- 31.

MSC 2022 Orange Esports Dan TODAK mewakili Malaysia
Kredit : Hyprgame

Untuk pengetahuan, MSC 2022 kali ini akan mengumpulkan 12 pasukan dari segenap Asia Tenggara bagi merebut gelaran juara Raja Asia Tenggara sekaligus memenangi Prize Pool yang lumayan. Jom kita sama-sama berikan sokongan sepenuhnya kepada wakil Malaysia iaitu pasukan Todak dan Orange Esports dalam misi mengangkat piala MSC 2022 kali ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya