MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Moonton Naik Taraf Pas MSC 2022

ai hyprgame
Kongsi
Moonton Naik Taraf Pas MSC 2022

Mobile Legends Bang Bang MLBB Piala Asia Tenggara 2022 (MSC) akan berlangsung beberapa hari lagi pada Jun 2022 ini. Sehubungan dengan itu, Moonton juga telah memberikan sedikit teaser berkaitan Pas MSC 2022 ini. Katanya terdapat ganjaran menarik dan hadiah percuma seperti Skin Hierophant Pharsa dan Earth’s Mightiest Claude akan ditawarkan pada MSC kali ini.

Moonton Naik Taraf Pas MSC 2022

Kali ini Moonton menawarkan pemain yang membeli pas MSC 2022 akan mendapatkan ganjaran eksklusif sepanjang kejohanan berlangsung termasuklah Skin Hierophant Pharsa dan Earth’s Mightiest Claude.

Kredit : Bloing

Selain itu juga, Moonton turut memberikan pelbagai hadiah percuma dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara semasa kejohanan MSC 2022 berlangsung.

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Tambahan lagi, video teaser yang telah dimuat naik di saluran rasmi YouTube Mobile Legends: Bang Bang juga memberitahu peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB yang pas itu sudah pun dinaik taraf dan boleh mula dibeli pada 6 hingga 20 Jun 2022 ini.

MSC 2022 trophy
Kredit : One Esports

Kemudian selepas pembelian pas tersebut, pemain akan terus mendapat skin eksklusif seperti Hierophant Pharsa yang juga merupakan skin MSC Epik pertama beserta 1,000 syiling MSC, yang boleh digunakan oleh pemain untuk menuntut ganjaran.

MSC 2022 exchange rewards
Kredit : One Esports

Walaubagaimanapun, bagi pemain yang bermain secara percuma juga masih akan mendapatkan pas MSC 2022. Cuma perbezaannya pemain tersebut haruslah bekerja lebih keras untuk menyelesaikan tugasan bagi menebus skin dan ganjaran eksklusif.

Get Hierophant Pharsa Skin for Free in the MSC 2022 Pass Event
Kredit : AFK Gaming

Ini kerana pemain yang bermain secara percuma dan tidak membeli pas yang telah dinaik taraf (upgraded pass) hanya mempunyai akses yang terhad didalam permainan Mobile Legends Bang Bang MLBB. Menurut teaser yang telah disiarkan di Youtube MLBB menyatakan yang pemain perlu menukar sejumlah 25,900 syiling MSC untuk mendapatkan skin tersebut.

Bocoran Event MSC Mobile Legends 2022, Bisa Dapat Skin Pharsa Gratis?
Kredit : Spin Esports

Dengan mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang berlangsung semasa MSC 2022, pemain juga boleh mengambil peluang untuk mengumpulkan syiling (coins). Coins ini akan membolehkan pemain untuk menebus pelbagai ganjaran sepanjang MSC 2022.

Jawhead Space Explorer by makinig on DeviantArt
Kredit : Devian Art

Walaubagaimanapun, jika anda sudah mempunyai pas yang telah dinaik taraf (upgrade pass) tetapi tidak berminat dengan Skin Pharsa, anda masih boleh menggunakan MSC coins tersebut untuk mendapatkan Skin kegemaran yang lain seperti Space Explorer Jawhead, atau ganjaran dalam permainan MSC yang lain.

Kredit : Youtube Exotic The Prodigy

Jadi, MSC 2022 kali ini menawarkan pelbagai keriangan dan pilihan untuk pemain beradaptasi dengan hero mahupun skin yang berbeza-beza. Ayuh kita tonton MSC 2022 dan lihat aksi-aksi pemain kegemaran kita terutamanya Malaysia dalam arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik





Ikon Disahkan oleh Komuniti

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *